Viral

[VIDEO] Jurujual Emas Disamun Tengah Highway, Ramai Syak Angkara Orang Dalam

[VIDEO] Jurujual Emas Disamun Tengah Highway, Ramai Syak Angkara Orang Dalam

Sharing is caring!

Jenayah menyamun seringkali terjadi pada waktu malam dan di tempat yang tertutup seperti rumah atau pejabat. Namun berbeza pula dengan tindakan sekumpulan individu ini yang cukup berani membuat jenayah terbabit secara terang benderang pada siang hari di tengah-tengah kesibukan Lebuhraya Sungai Besi.

BACA: Keluarga Berdepan Detik Cemas, Kereta Dirompak Masa Berhenti Lampu Isyarat

Sekat kereta dari arah depan dan belakang di tengah-tengah highway Sungai Besi

Menerusi perkongsian video di laman Facebook Info Roadblock JPJ/Polis, pengguna lebuh raya yang melalui jalan itu berkesempatan merakam kejadian rompakan berkenaan. Dua buah kereta pacuan empat roda berwarna hitam dilihat menyekat sebuah kenderaan berwarna putih dari arah depan dan juga belakang.


[VIDEO] Jurujual Emas Disamun Tengah Highway, Ramai Syak Angkara Orang Dalam

Pecahkan cermin kereta sebelum larikan beg berisi emas dan juga wang

Menerusi laporan Harian Metro, beberapa orang lelaki telah menghampiri kenderaan tersebut sebelum memecahkan cermin dan menarik keluar seorang jurujual emas serta rakannya sehingga menyebabkan kecederaan. Video berdurasi enam minit itu turut memaparkan suspek melarikan beberapa buah beg berisi emas dan wang dari kereta berkenaan.

Kes rompakan bersenjata berlaku semalam(21-Sept-2020) di Lebuhraya Sg Besi berhampiran Central Resident Sg Besi..

22Sept2020/KLMakluman awal diterima kes rompakan bersenjata berlaku semalam(21-Sept-2020) di Lebuhraya Sg Besi berhampiran Central Resident Sg Besi..#inforoadblock

Posted by Info Roadblock JPJ/POLIS on Monday, September 21, 2020

Orang kenal-kenal jugak ni. Macam mana dia dapat info kereta tu duit banyak.

Dalam kejadian berkenaan, kereta milik jurujual itu turut dilarikan oleh penjenayah namun telah dijumpai hangus terbakar lewat malam semalam. Anggaran jumlah kerugian masih lagi disiasat oleh syarikat majikan pekerja tersebut. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen beranggapan kejadian berkenaan mungkin terjadi angkara orang dalam yang sudah mengetahui gerak-geri melibatkan penjualan emas itu.


[VIDEO] Jurujual Emas Disamun Tengah Highway, Ramai Syak Angkara Orang Dalam
Kredit Foto: Berita Harian

 

[VIDEO] Jurujual Emas Disamun Tengah Highway, Ramai Syak Angkara Orang Dalam

[VIDEO] Jurujual Emas Disamun Tengah Highway, Ramai Syak Angkara Orang Dalam

[VIDEO] Jurujual Emas Disamun Tengah Highway, Ramai Syak Angkara Orang Dalam

Sumber: Facebook Berita Harian, Harian Metro & Info Roadblock JPJ/Polis

 


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!

Facebook

Telegram

Topik Panas Minggu Ini