Family Viral

[VIDEO] Kakak Akhirnya Berpunya, Adik Terbeliak Mata Bikin Netizen Terhibur

[VIDEO] Kakak Akhirnya Berpunya, Adik Terbeliak Mata Bikin Netizen Terhibur

Sharing is caring!

Siapa yang tak sayang adik-beradik sendiri kan? Sejak kecil, kita telah dibesarkan bersama-sama dan dilatih untuk sentiasa menjaga, menyayangi serta tidak mempunyai sikap cemburu antara satu sama lain. Apabila sudah dewasa, sudah pasti akan terdetik rasa tidak ingin berpisah dengan mereka. Lebih-lebih lagi jika insan yang disayangi ini sudah pun berkawhin.

BACA: [VIDEO] Adik Ajak Main Tapi Abang Penakut, Ragam 2 Budak Viral Ini Lucu Habis


Terhibur lihat ekspresi muka si adik

Seorang pengguna Twitter dikenali sebagai @Shoeyukkk telah memuat naik sebuah video mempamerkan dirinya ketika di majlis perkawhinan kakaknya. Walaupun cuma berdurasi 7 saat, paparan video yang berjaya meraih lebih dari 14 ribu retweets itu telah membuatkan ramai terhibur gara-gara kelakuan pemuda tersebut.[VIDEO] Kakak Akhirnya Berpunya, Adik Terbeliak Mata Bikin Netizen Terhibur

Tidak percaya kakak sudah berkahwin

Video yang dikongsikan si adik itu memperlihatkan sedikit sedutan pada hari majlis perkahwinan merpati dua sejoli tersebut. Namun, apa yang menjadi tumpuan adalah ekspresi muka ditunjukkannya apabila melihat pengantin perempuan itu bersalaman dengan abang iparnya. Lelaki itu kelihatan ternganga sehingga terbeliak biji matanya. Dia seolah-olah terkejut dan tidak percaya bahawa kakaknya itu sudah pun dimiliki orang.


Jangan buat muka macam ni nanti

Rata-rata netizen terhibur dengan video yang dikongsikan @Shoeyukkk itu. Malahan, ada di antara mereka berseloroh mungkin pemuda itu terkejut kerana wujud juga lelaki yang terpikat dengan kakaknya itu. Ada yang turut berharap agar adik-beradik mereka tidak berkelakuan seperti pengguna Twitter ini.

[VIDEO] Kakak Akhirnya Berpunya, Adik Terbeliak Mata Bikin Netizen Terhibur [VIDEO] Kakak Akhirnya Berpunya, Adik Terbeliak Mata Bikin Netizen Terhibur [VIDEO] Kakak Akhirnya Berpunya, Adik Terbeliak Mata Bikin Netizen Terhibur


Sumber: Twitter Shoeyukkk

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!

Facebook

Telegram

Topik Panas Minggu Ini