[VIDEO] “Kalau Terjatuh..”-Kunci Hilang, Gadis Pertaruh Nyawa Panjat Dapur Flat

Baru sahaja beberapa hari yang lepas seorang pemuda di Kuala Terengganu kehilangan nyawa akibat cuba untuk masuk ke dalam rumahnya melalui tingkap kerana ketiadaan kunci. Pemuda tersebut dipercayai terjatuh sewaktu menaiki beranda untuk masuk menerusi tingkap dapur. Belum serik dengan kejadian berkenaan, seorang gadis rancak berkongsi video dirinya melakukan hal yang sama kerana kehilangan kunci rumah. 

BACA: Jangan Naik Tangga Atas Sekali! Lelaki Ini Pernah Retak Tulang Lepas Terjatuh..

Cuba teka tingkat berapa ni?

Video tersebut memperlihatkan gadis cantik itu memanjat tembok di tingkat kediamannya sebelum mengambil alatan tajam yang disediakan oleh rakan untuk memotong tali yang terikat di jeriji tingkap dapur. Selepas berjaya memotong tali tersebut, dia terus meniti ke arah tingkap dapur dan membuka selak dari luar untuk masuk. 

Tengok je pun dah nervous

Perkongsian tersebut telah menerima tontonan sebanyak 133,000 serta 3100 retweet. Tindakan gadis itu memanjat tembok berkenaan mengundang rasa terkejut dan marah netizen kerana bimbang atas keselamatannya. Cara gadis tersebut memanjat juga ditegur dan jika dia tersilap langkah boleh menyebabkan kecelakaan seperti kisah-kisah lain yang banyak terjadi. 

Jangan lakukannya lagi lain kali

Ramai juga dilihat memberi nasihat untuk tidak mengulangi perbuatan itu lagi dan cuba mencari alternatif lain tanpa mempertaruhkan nyawa dan diri sendiri.

Tu kalau jatuh..

Sumber: Twitter Zendgaf

Apa Komen Anda?