[VIDEO] “Kami Kawan Je, Bukan Selalu Jumpa…”-Suami Nadya Nafi Main Kayu Tiga!

Selepas mendedahkan suaminya Fizul Nawi bermain kayu tiga, rumah tangga Nadya Syahera terus menjadi bualan hangat netizen. Fizul juga ada membuat kenyataan bela diri dan menepis tuduhan yang dikeluarkan oleh isterinya itu. Terbaru menerusi sebuah temubual pula, Fizul telah menceritakan detik sebenar ketika mengenali gadis Kelantan (juga seorang Instafamous) yang dikatakan sebagai perosak rumah tangganya.

Baca : Awak Nak Stay Atau Berpisah? Suami Luah Kecewa Sikap Melulu Nadya Syahera

Rupanya, pertelingkahan rumah tangga mereka bermula dengan sebuah gambar menyaksikan Fizul melepak bersama rakan-rakan yang juga disertai gadis tersebut. Konflik ini menjadi semakin hangat apabila gadis tersebut dilihat duduk bersebelahan dengan Fizul. (minit 0:28).

Tegas Fizul lagi, mereka hanya bersahabat dan tidak pernah terfikir untuk membuat lebih daripada itu (minit 1:43). Menurut Fizul, gadis tersebut adalah staf baru untuk perniagaan makanan yang diusahakannya. Ketika sedang sibuk berniaga, kelibat gadis tersebut yang dilihat membantu Fizul telah membuat Nadya merasa cemburu lebih-lebih lagi dia memiliki wajah cantik. (minit 1:56)

Di hujung penjelasan, Fizul sempat membuat dakwaan bahawa isu ini sengaja diperbesarkan kerana Nadya mahu meraih populariti, padahal jelas mengaibkan air muka sendiri serta keluarga. (minit 2:54)

Suami Nadya Syahera Nafi Bermain Kayu Tiga…

Sumber : Youtube MHE TV

Apa Komen Anda?