[VIDEO] “Kamu Terbaik”- Nyanyian Menusuk Kalbu, Bunda Menangis Penangan Naqiu

Vokalis kumpulan Boboy, Naqiu sering tampil dengan kelainan yang mampu memikat hati juri dan meraih pujian menggunung. Selain segmen battle bersama Hady Mirza, persembahan solo penyanyi berusia 33 tahun ini turut mencuri tumpuan ramai. Dalam pentas akhir Gegar Vaganza 2019 yang berlangsung semalam, banyak hati menangis setelah mendengar nyanyian oleh penyanyi kecil molek berkenaan. 

BACA:Tarik Qasidah Tu Mahal Naqiu Sahut Cabaran Irama Melayu, Siap Berzapin Lagi

Bunda sampai tak henti mengalirkan air mata

Advertisement

Membawakan lagu ‘Srikandi Cinta’ nyanyian asal kumpulan penyanyi rock 80-an iaitu Bloodshed, Naqiu berjaya menjiwai setiap bait-bait lirik dengan begitu baik. Sampai terduduk lelaki ini dalam menghayati lagu yang dinyanyikan. Lagu yang berkait dengan kisah seorang ibu tersebut berjaya dibawakan dengan lancar walaupun dilihat sudah terbawa emosi. 

Turut dapat ‘standing ovation’

Advertisement

Malah juri tetap, Hetty Koes Endang atau mesra dipanggil Bunda dilihat mengalirkan air mata sejurus persembahan lelaki itu berakhir. Penyanyi wanita veteran tersebut memujinya kerana telah berjaya mendalami maksud yang hendak disampaikan melalui lagu berkenaan. serta menyifatkan prestasinya konsisten sehingga ke akhirnya. Persembahan di minggu terakhir itu juga turut mendapat ‘standing ovation‘ daripada juri serta hadirin yang hadir. 

Lagu ni buat aku menangis, feel dia menusuk lubuk hati

Advertisement

Rata-rata netizen yang menonton persembahan Naqiu memuji nyanyian disampaikan dan sangat berpuas hati. Malah mereka turut bersetuju penyanyi lelaki itu layak untuk dinobatkan sebagai juara bagi musim tersebut. 

Sumber: Youtube Astro Gempak

Advertisement

Apa Komen Anda?