Siapa saja yang tidak kenal dengan gerangan anak kepada usahawan terkenal Dato’ Seri Vida iaitu Cik B. Sering tular dengan pemilihan fesyen yang menarik dan gelagat kelakarnya, Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin kini sudah mula berjinak-jinak dengan dunia lakonan menerusi drama ‘Lelaki Lingkungan Cinta’.
BACA: [VIDEO] Siap Cekak Baju, Aksi Cik B Berbalas Tampar Buat Ramai Berdekah
Naik angin Cik B boyfriend main kayu tiga dengan awek lain
Semalam tular sedutan daripada episod terbaru drama berkenaan yang memaparkan Cik B naik angin apabila teman lelakinya ‘kantoi’ keluar bersama perempuan lain. Gadis tersebut yang membawakan watak sebagai ‘Maria’ itu berang apabila pemuda berkenaan mempertikaikan penampilannya menjadi penyebab dia bermain kayu tiga.
‘Maria’ lawan balik, tak kisah apa yang lelaki tu cakap
Walau bagaimanapun, ‘Maria’ dilihat sedikit pun tidak goyah dengan kata-kata yang dilontarkan lelaki berkenaan malah bertindak melawan kembali. Pertikaian antara mereka berdua selepas itu dileraikan oleh rakannya yang bimbang malu ditonton orang sekeliling.
Aduhh Kalau ikut kan nk smack down laki cam ni. pic.twitter.com/hxfu6XNON8
— cikb havoc (@HavocCikb) November 12, 2020
Aku tunggu je tangan Cik B hinggap kat muka dia, confirm melekat elok je
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji lakonan Cik B biarpun drama tersebut merupakan penampilan sulungnya dalam dunia hiburan. Ramai yang malah dilihat tidak sabar menunggu episod seterusnya bagi menyaksikan lakonan gadis berkenaan.
Sumber: Twitter Cik B
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura