Hiburan Family

[VIDEO] Kasihan Asyik Layan Peminat, Anak Minta Fasha Sandha Stop Berlakon

[VIDEO] Kasihan Asyik Layan Peminat, Anak Minta Fasha Sandha Stop Berlakon

Sharing is caring!

Seperti diketahui umum, selebriti terkenal Fasha Sandha kini sedang sarat mengandung anak ketiganya. Malah menerusi posting terbaru Instagram miliknya, Fasha dilihat memuat naik sebuah video di sebuah restoran makanan bersama-sama anak lelakinya iaitu Putra Rayfal Ramli.

BACA: [VIDEO] Suami Sentap Gigi Anak Fasha Sandha Guna Tali, Seriau Pula Tengok

“I don’t want you to be famous anymore”…Anak sayu tengok ibu mengandung layan peminat

Dalam video tersebut, Rayfal meluahkan perasaan yang sudah lama terpendam setiap kali melihat ibunya terpaksa berdiri untuk mengambil gambar dengan peminat terutamanya ketika sarat mengandung. Di samping itu, si cilik berusia 7 tahun ini turut memintanya agar berhenti berlakon supaya tidak diganggu lagi.


[VIDEO] Kasihan Asyik Layan Peminat, Anak Minta Fasha Sandha Stop Berlakon

“Acting is my passion”…Macam mana ni anak suruh berhenti berlakon?

Walau bagaimanapun, Fasha Sandha menyatakan bahawa lakonan merupakan minat utama dan kerjaya yang telah menjadi sebahagian daripada dirinya. Malah, aktres drama ‘Dua Takdir Cinta’ itu turut merindui untuk memasuki semula ke set pengambaran selepas berehat selama 9 bulan.

View this post on Instagram

Kisah beberapa hari lalu, ..Sebenarnya keluarkan handphone untuk nak ambik gambar food 😅 Tiba ada beberapa orang datang kemeja untuk ambik gambar dengan ibu, lepas dah ambik gambar, Tiba2 anak sulung ibu ni luah perasaan dia , suruh kita stop acting sebab kesian ibu selalu kena berdiri untuk ambik gambar di meja makan 😂 Rupanya dah lama dia dah simpan perasaan ni, baru nak luahkan. Acting is my passion sayang. Setelah hampir 9 bulan berehat dari set pengambaran, adakalanya rindu nak masuk set balik sayang. Anak yang suruh berhenti berlakon. Camana ni? Anak ibu baru 7 tahun dah pandai kesiankan ibu 🤰 kena berdiri. I love you anakku. Video ni kenangan untuk sayang. . #iburayfalraysha

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on

Kasihan melihat ibu terlalu melayan peminat…Beruntung sebab dapat anak yang matang

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji melihat sikap Rayfal yang sangat caring meskipun masih kecil. Di samping itu, mereka turut mengatakan bahawa kanak-kanak lelaki berusia 7 tahun ini sangat matang lebih-lebih lagi apabila menunjukkan sikap prihatinnya terhadap pelakon wanita tersebut. Secara keseluruhan, video tersebut telah berjaya meraih 200 ribu jumlah tontonan.


[VIDEO] Kasihan Asyik Layan Peminat, Anak Minta Fasha Sandha Stop Berlakon

[VIDEO] Kasihan Asyik Layan Peminat, Anak Minta Fasha Sandha Stop Berlakon

[VIDEO] Kasihan Asyik Layan Peminat, Anak Minta Fasha Sandha Stop Berlakon [VIDEO] Kasihan Asyik Layan Peminat, Anak Minta Fasha Sandha Stop Berlakon

Sumber: Instagram fashasandha


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!