[VIDEO] Kasihnya Guru Tak Kira Bangsa, Kucup Pelajar Istimewa Sebelum Berpisah!

Sejak kebelakangan ini, isu pertelagahan antara guru dan ibu bapa murid dilihat kerap dibincangkan di segenap ruangan media sosial. Ternyata trend ini amat sedih untuk dilihat kerana kedua-dua pihak ini sepatutnya berganding bahu dalam membentuk generasi yang berakhlak mulia. Dan di sebalik kekecohan isu rotan pelajar tempoh hari, kini tular pula sebuah video yang memaparkan seorang guru sangat mengasihi kesemua anak muridnya, tanpa mengira bangsa atau agama.

BACA: [FOTO] Demi Hargai Karya Murid, Guru Ini Sanggup Jadi Pameran Seni Bergerak!

Beliau memang rapat sangat dengan budak…macam jadi ayah dah

Menurut rakannya, guru yang bernama Mohd Khairul ini sedang diraikan dalam sebuah majlis perpisahan di SMK Tengku Kudin, Raub kerana bakal bertugas di Kelantan pula. Sepanjang berkhidmat di sekolah itu, dia telah bersama dengan pelajar pendidikan khas lebih 10 tahun dan telah banyak berbakti dalam melahirkan ramai insan yang berguna apabila mereka tamat saja persekolahan. 

Andai kata hari hisab saya di Padang Mahsyar nanti berat keburukan saya lebih dari kebaikan, saya harap awak semua dapat memberatkan timbangan kebaikan saya. Bantulah saya di sana nanti, tariklah saya bersama ke syurga dengan kamu semua..

Terima kasih mendidik anak2 istimewa dengan penuh kasih sayang

Dalam majlis tersebut, cikgu Khairul mengambil kesempatan untuk mendakap semua anak murid kesayangannya itu buat kali yang terakhir. Ternyata babak yang penuh hiba dan pilu itu telah membuatkan ramai netizen turut melinangkan air mata saat melihat kemesraan mereka. Malah ada juga yang memuji sifat mulia yang ditampilkan oleh guru lelaki ini kerana memberikan kasih sayang yang sama rata terhadap kesemua pelajar istimewa yang sudah dianggap seperti anak sendiri.

Sumber: FB rhye.zhueii 

Apa Komen Anda?