Viral Inspirasi Kehidupan

[VIDEO] Kawan Bujang ‘Bahan’ Lunch Makan Bekal Isteri, Lelaki Ini Tak Melenting

[VIDEO] Kawan Bujang ‘Bahan’ Lunch Makan Bekal Isteri, Lelaki Ini Tak Melenting

Bukan sahaja terjamin lebih bersih dan sedap, malahan budaya membawa bekal ke tempat kerja cukup menjimatkan dompet. Bayangkan di zaman serba mahal ini, sepinggan hidangan lengkap boleh mencecah RM10 atau lebih. Justeru bagi yang sudah berkahwin khususnya, banyak penjimatan boleh dibuat memandangkan komitmen mereka pada keluarga jauh lebih besar.

BACA : Seminggu Bertekak Tak Bertegur, Isteri Nangis Suami Tak Bawa Bekal Yang Dimasak

Makan lauk meriah, sampai macam dah takde hari esok

Semalam di TikTok seorang lelaki ini, dia berkongsikan video ketika ‘dibahan’ oleh rakan-rakan bujang saat mereka menjamu selera di sebuah kedai makan. Tatkala yang lain membeli makanan penuh sepinggan, difahamkan dia pula sedang menikmati bekal disediakan oleh isteri tercinta.

[VIDEO] Kawan Bujang ‘Bahan’ Lunch Makan Bekal Isteri, Lelaki Ini Tak Melenting

Harap isteri-isteri kat luar sana back up saya

Meskipun lauk bekal itu jauh lebih simple iaitu Ayam Masak Sambal dan Kacang Tumis Telur, lelaki berkenaan nampak berselera sekali. Tidak ketinggalan, kawan-kawannya turut ‘membahan’ tentang bekas aiskrim dan container bercorak The Avengers yang digunakan isterinya bagi mengisi makanan. Sedar mereka semua cumalah bergurau mesra sahaja, dia makan seperti biasa dan tidak melenting langsung.

@bosshukex

Sedihkan saya kena buli …hahah

♬ original sound – Boss Shukex Halo Telco_oe – Boss Shukex Halo Telco_oe

Janganlah macam tu, mungkin dia ada perut & kehidupan yang perlu dijaga…Tahniah isteri dia rajin buat bekal

Sejak dimuat naik, video berkenaan sudah meraih hampir sejuta tontonan daripada netizen. Meskipun ada yang sedih melihat wajah sugul lelaki berkenaan, mereka memberikan pujian kerana langsung tidak segan membawa bekal disediakan oleh bidadari di rumah.

[VIDEO] Kawan Bujang ‘Bahan’ Lunch Makan Bekal Isteri, Lelaki Ini Tak Melenting

[VIDEO] Kawan Bujang ‘Bahan’ Lunch Makan Bekal Isteri, Lelaki Ini Tak Melenting

[VIDEO] Kawan Bujang ‘Bahan’ Lunch Makan Bekal Isteri, Lelaki Ini Tak Melenting

Kredit : TikTok bosshukex

🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

[VIDEO] Kawan Bujang ‘Bahan’ Lunch Makan Bekal Isteri, Lelaki Ini Tak Melenting

Facebook

Telegram