Hiburan

[VIDEO] Keberanian Naqiu Dipuji, Tak Ramai Mampu Nyanyi Tanpa Iringan Muzik

[VIDEO] Keberanian Naqiu Dipuji, Tak Ramai Mampu Nyanyi Tanpa Iringan Muzik

Sharing is caring!

Menjelang pusingan separuh akhir yang bakal berlangsung minggu hadapan, kesemua bintang Gegar Vaganza 2019 yang masih tinggal telah memberikan persaingan yang hebat pada malam tadi. Meskipun nasib tidak menyebelahi Feeza yang dikatakan agak goyah, namun rata-rata peserta lain mempamerkan peningkatan dalam persembahan masing-masing. Antara yang paling menonjol pastilah penyanyi yang boleh dikatakan favourite ramai iaitu Naqiu Boboy.

BACA: [VIDEO] Reaksi Anak-Anak Tengok Persembahan Naqiu Boboy Buat Ramai Terhibur

[VIDEO] Keberanian Naqiu Dipuji, Tak Ramai Mampu Nyanyi Tanpa Iringan Muzik

Lain daripada yang lain…nyanyi tanpa iringan muzik

Menerusi tema ‘Melets’, penyanyi berusia 33 tahun ini telah ditugaskan untuk mendendangkan lagu popular Allahyarham Saliem Iklim bertajuk ‘Juwita’. Walaupun mengambil risiko untuk cuba menyampaikan bahagian awal lagu tersebut tanpa iringan muzik, tetapi keberaniannya ternyata berbaloi apabila seisi penonton di Auditorium MBSA Shah Alam bagaikan terpesona seketika.


https://www.youtube.com/watch?v=20Heefd1tUo

Saya sendiri pun terpegun..

Sejurus tamat persembahan yang itu, juri jemputan iaitu Saari Amri turut menyatakan bahawa dia sangat terpegun dengan penampilan yang dibawa oleh Naqiu selain sebutan juga jelas. Bagi Datuk Ramli MS pula, beliau memuji bakat dimiliki olehnya dan menasihati agar figura bapa kepada 5 orang anak ini sentiasa merendah diri.

[VIDEO] Keberanian Naqiu Dipuji, Tak Ramai Mampu Nyanyi Tanpa Iringan Muzik

[VIDEO] Keberanian Naqiu Dipuji, Tak Ramai Mampu Nyanyi Tanpa Iringan Muzik

Tak ramai yang berani nyanyi macam ni…terasa sangat feel tu


Di akhir rancangan itu, vokalis kumpulan Boboy ini telah meraih jumlah markah sebanyak 78% dan menduduki tempat kedua di belakang Hady Mirza. Dalam pada itu, rata-rata netizen memuji usaha yang jarang dibuat oleh kebanyakan peserta dalam program realiti ini. Malah kebanyakan mereka turut akui terkesima melihat persembahannya semalam.

[VIDEO] Keberanian Naqiu Dipuji, Tak Ramai Mampu Nyanyi Tanpa Iringan Muzik

[VIDEO] Keberanian Naqiu Dipuji, Tak Ramai Mampu Nyanyi Tanpa Iringan Muzik

[VIDEO] Keberanian Naqiu Dipuji, Tak Ramai Mampu Nyanyi Tanpa Iringan Muzik

Sumber: YouTube Astro Gempak, KUKUBA Production & IG thisisnaqiu


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!