Viral

[VIDEO] Kecil Lagi Dah Handal, Nyanyian Lagu ‘Seroja’ Budak Ini Buat Ramai Cair

[VIDEO] Kecil Lagi Dah Handal, Nyanyian Lagu ‘Seroja’ Budak Ini Buat Ramai Cair

Sharing is caring!

Dalam era serba moden kini, semakin ramai pihak yang lebih terbuka untuk berkongsi bermacam-macam perkara di media sosial. Sama ada sebagai hobi ataupun platform untuk menyerlahkan bakat masing-masing, kesungguhan dan keberanian mereka harus dipuji. Samalah seperti seorang pelajar yang dilihat menerusi satu perkongsian daripada seorang pengendali akaun Twitter bernama @zaimazfar_ baru-baru ini.

BACA: Bermula Dari Satu Nyanyian, Lelaki Berjaya Tawan Budak Siap Dijadikan Kawan

Nyanyi lagu legend – ‘Seroja’ 

Dalam video tersebut, seorang remaja lelaki ini dilihat sedang menyanyikan sebuah lagu rock yang dipopularkan oleh kumpulan Search iaitu ‘Seroja’. Biarpun berbeza generasi, siapa sangka pelajar itu masih mampu menyanyikannya dengan agak baik sehingga mendapat puluhan ribu tontonan setakat ini.


[VIDEO] Kecil Lagi Dah Handal, Nyanyian Lagu ‘Seroja’ Budak Ini Buat Ramai Cair

Jarang tengok budak zaman sekarang pandai nyanyi lagu ini

Rakaman berdurasi 45 saat itu dipercayai telah diambil di kantin sebuah sekolah. Apa yang menariknya adalah remaja itu kelihatan begitu beremosi ketika menyampaikan lagu berkenaan. Biarpun tanpa iringan muzik, pemilik Twitter berkenaan tetap teruja mendengarkan alunan suara pelajar itu meskipun lagu tersebut bukanlah siulan anak-anak muda zaman sekarang.

Unik suara kau dik. Macam nak tukar nama kepada ‘Seroja’

Menjengah ke ruangan komen, posting tersebut telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Rata-ratanya tampak kagum mendengarkan nyanyian tersebut biarpun ia dipercayai dilakukan secara spontan. Tidak terkecuali, ada sesetengah netizen pula yang tidak semena-mena tertarik dengan pakaiannya sambil berseloroh di ruangan komen. 


[VIDEO] Kecil Lagi Dah Handal, Nyanyian Lagu ‘Seroja’ Budak Ini Buat Ramai Cair

[VIDEO] Kecil Lagi Dah Handal, Nyanyian Lagu ‘Seroja’ Budak Ini Buat Ramai Cair

[VIDEO] Kecil Lagi Dah Handal, Nyanyian Lagu ‘Seroja’ Budak Ini Buat Ramai Cair

Sumber: Twitter zaimazfar_


Tidak mahu terlepas cerita viral & trending? Jom sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

[VIDEO] Kecil Lagi Dah Handal, Nyanyian Lagu ‘Seroja’ Budak Ini Buat Ramai Cair

Sharing is caring!