[VIDEO] Kecoh 1 Pentas, Gelagat ‘Pencetus Umrah’ Noorkhiriah Kelakar Habis!

Susulan kejayaan Rita Rudaini selaku artis wanita pertama yang berjaya menjadi juara mingguan dalam rancangan komedi spontan ‘All Stars Buka Panggung’ (ASBP) sebelum ini, nampaknya langkah tersebut diteruskan pula oleh aktres yang tidak asing lagi dalam industri hiburan iaitu Noorkhiriah. Menggungguli markah keseluruhan, Noorkhiriah telah berjaya mengalahkan tiga peserta lain pada minggu kelima ASBP iaitu Fauzi Nawawi, Mona Allen dan Izzue Islam.

BACA: “Sampai Keras Perut Gelak..” – Tak Sangka Rita Pandai Melawak, Siap Usap Black

Noorkhiriah jadi pramugari ‘Pencetus Umrah’…huru hara pentas (minit 0:55)

Seperti episod sebelumnya, setiap pelakon perlu menjayakan dua segmen iaitu solo dan beregu sepanjang rancangan ini. Mereka turut dibantu menerusi gandingan bersama Ajak atau Shahrol Shiro serta artis undangan seperti Imuda, Ilya Buang, Atu Zero, Cat Farish dan Shiha Zikir. Walaupun pertama kali memegang watak sebagai seorang pramugari serta tanpa bantuan sebarang skrip, Noorkhiriah nyata berjaya menghiburkan ramai menerusi aksi yang lucu dan bersahaja di atas pentas.

Siap main teng teng dekat sawah padi

Tidak cukup dengan persembahan lawak serta nyanyian di segmen pertama, pemegang watak ‘Aishah Sup Bunjut’ dalam drama ‘Nur’ ini juga sempat mencuri perhatian apabila dia melompat di sekitar pentas sewaktu digandingkan bersama aktor Fauzi Nawawi.

Pemenang minggu ke-5 ASBP

Hasil usaha mantap dan memperoleh undian tertinggi, Noorkhiriah telah diumumkan sebagai juara pada malam tadi. Selain membawa pulang trofi, dia turut menerima RM4,000 yang disumbangkan kepada seniman veteran Encik Hisham Ahmad. Malah kemenangan ini turut melayakkan dia ke pusingan separuh akhir program realiti ini bersama-sama pemenang episod-episod terdahulu pada minggu keenam nanti.

Mantap lakonan spontan sis..

Dalam pada itu, rata-rata netizen turut tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan tahniah atas kejayaan yang diperolehnya menerusi pertandingan ini. Mereka juga menyatakan rasa terhibur dengan setiap aksi lawak jenaka yang ditampilkan oleh Noorkhiriah meskipun sebelum ini dia selalu memegang watak serius dalam drama-drama lakonannya.

Sumber: IG khiriah17, zonlawak YouTube Lip Balm

Apa Komen Anda?