[VIDEO] Kecoh Isu Curi Duit, Yunika Dituduh Sengaja Perangkap Aliff Aziz?

Beberapa hari kebelakangan ini, isu Aliff Aziz yang tergamak mencuri wang ringgit milik aktres Indonesia iaitu Raja Yunika Putri terus berlegar di media sosial. Menurut media Singapura, Aliff telah berada dalam tahanan pihak berkuasa selepas Yunika nekad membuat laporan. Kini, timbul pula dakwaan baru kononnya isu yang tercetus ini adalah rancangan Yunika untuk memerangkap Aliff dengan sengaja.

Baca : [VIDEO] Dia Takde Duit…Rupanya Ini Sebab Yunika Pergi Bertemu Aliff Aziz

Apabila ada pihak netizen yang menuduh dirinya sengaja memerangkap Aliff, Yunika nampaknya benar-benar kecewa. Dia sekeras-kerasnya menafikan tuduhan tidak berasas itu dan jika dia mahu memerangkap Aliff sekalipun, tiada faedah yang akan diperolehinya.

Jika dia memasang niat untuk menganiaya, lebih baik dia memerangkap orang lain berbanding Aliff Aziz sendiri. Sejak pendedahan ini dibuat, Yunika mengakui ada pihak netizen yang melemparkan tomahan walhal dia hanya mendedahkan cerita sebenar.

‘Berani kerana benar’. Dek kerana bengang dituduh sengaja memerangkap Aliff, Yunika juga tidak gentar jika ada pihak yang mahu menyaman dirinya. Namun begitu, semuanya seakan terjawab apabila Aliff sendiri ada merayu agar Yunika menggugurkan laporan tentang kecurian itu.

Yunika Nafi Nak Perangkap Aliff Dengan Isu Curi Wang (minit ke 4:43)

Sumber : Youtube MHE TV

Apa Komen Anda?