Hiburan

[VIDEO] Kecoh Studio Bila DS Aliff ‘Pengsan’ Dengar Suara Abang Bomba

[VIDEO] Kecoh Studio Bila DS Aliff ‘Pengsan’ Dengar Suara Abang Bomba

Sharing is caring!

Saban minggu program realiti hiburan ‘I Can See Your Voice Malaysia’ sering kali menjadi perhatian ramai. Ada sahaja drama atau gelagat yang mencuit hati serta mengagumkan berlaku saat penyanyi jemputan mencari pemenang acara mingguan ini. Dalam episod terbaru malam tadi, Dato’ Hattan telah diundang sebagai artis jemputan manakala pelakon Rozita Che Wan dan usahawan kosmetik Dato’ Sri Aliff Syukri hadir sebagai panel penyiasat.

BACA : Asyik Dihentam Netizen, Datuk Aliff Tak Sangka Ali Puteh Sempat Bagi Mesej Deep


[VIDEO] Kecoh Studio Bila DS Aliff ‘Pengsan’ Dengar Suara Abang Bomba

‘Gaduh’ dengan artis jemputan

Gara-gara mulut DS Aliff yang ‘cakap lepas’ membuatkan semua yang ada di dalam studio tidak kering gusi. Malah dia juga menemplak kenyataan Dato’ Hattan yang ‘menghina’ nyanyiannya. Walau bagaimanapun usahawan tersebut mengharapkan artis jemputan pada minggu itu tidak berduet dengan penyanyi sebenar.

 

Sedap sangat sampai ‘pengsan’

Dalam ‘kekecohan’ yang ditimbulkan oleh panel penyiasat dan artis jemputan, tumpuan beralih kepada salah seorang peserta yang dikenali sebagai Abang Bomba. Sebelum memulakan persembahan, Dato’ Aliff memberitahu bukan sahaja peserta njombor enam itu tidak boleh menyanyi malah suaranya lebih merdu. Namun ketika Abang Bomba memulakan nyanyian, Dato’ Sri Aliff dilihat ‘malu’ dengan kenyataannya sebelum itu dan jatuh telah ‘pengsan’.


[VIDEO] Kecoh Studio Bila DS Aliff ‘Pengsan’ Dengar Suara Abang Bomba

 

Rosak gegendang telinga den

Pada pusingan akhir, Dato’ Hattan telah mendengar kata DS Aliff untuk memilih peserta pertama sebagai rakan duetnya. Dia yang kelihatan terperanjat apabila rakan duetnya itu mulakan nyanyian dengan sumbang hanya mampu ketawa sepanjang sesi nyanyian tersebut.

Sumber : Instagram TV3Malaysia, Dato Hattan & YouTube TV9Malaysia


Tidak mahu terlepas cerita viral & trending? Jom sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

[VIDEO] Kecoh Studio Bila DS Aliff ‘Pengsan’ Dengar Suara Abang Bomba

Sharing is caring!