Hiburan Inspirasi

[VIDEO] Kejar Saham Akhirat, Eina Azman Gagal Tahan Sebak Bantu Keluarga Susah

[VIDEO] Kejar Saham Akhirat, Eina Azman Gagal Tahan Sebak Bantu Keluarga Susah

Sharing is caring!

Kehidupan manusia ada yang kaya dan juga miskin adalah ketetapan daripada Maha Esa. Namun begitu, kita tidak perlu membezakan antara kedua-duanya sebagai urusan yang lebih mulia atau hina. Sebaliknya, kemiskinan dan kekayaan juga adalah salah satu bentuk ujian kepada setiap manusia. Dalam pada itu, jurang antara 2 golongan ini perlulah dirapatkan menerusi amalan bantu-membantu kerana harta tak selalu menjamin sumber kebahagiaan setiap pemiliknya.

BACA: “Assalamualaikum Jodoh” – Eina Azman Buat Umrah, Lelaki Kacak Yang Jadi Tumpuan

Melawat & membantu 3 keluarga susah di Kelantan

Baru-baru ini, Datin Paduka Eina Azman telah menjadi perhatian ramai apabila bermurah hari menziarah dan memberi sumbangan sendiri kepada beberapa keluarga yang tidak berkemampuan di sekitar negeri Cik Siti Wan Kembang. Ujarnya, semua bantuan itu disumbangkan hasil dirinya dan suami iaitu Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden serta beberapa kenalan rapat lain sekitar awal November yang lalu.

[VIDEO] Kejar Saham Akhirat, Eina Azman Gagal Tahan Sebak Bantu Keluarga Susah

[VIDEO] Kejar Saham Akhirat, Eina Azman Gagal Tahan Sebak Bantu Keluarga Susah

Luluh & sebak melihat keadaan mereka..


Menerusi posting di laman Instagram miliknya, jiwa selebriti yang berusia 24 tahun ini turut terusik tatkala mendengarkan kisah daripada wakil ahli keluarga yang bertuah menerima kunjungan mereka. Meskipun pelakon drama ‘Suri Hati Mr. Pilot’ ini seringkali dikaitkan dengan kemewahan, namun dia tidak kekok langsung untuk berinteraksi secara lebih dekat dan santai. Malah dia juga dilihat selesa duduk bersila ketika berbual dan sempat bergurau dengan beberapa anak OKU yang kelihatan sangat comel.

View this post on Instagram

Assalamualaikum semua.. Alhamdullilah haritu Eina, husband @datopadukakaiser dan sahabat dato @bard.hanief dan kak @farasharina berkesempatan untuk melawat dan membantu 3 keluarga susah di Kelantan. Luluh dan sebak hati melihat keadaan mereka 😢 Buat anda yg mahu membantu ringankan beban keluarga-keluarga ini, boleh menyalurkan bantuan menerusi akaun bank di bawah atau boleh menghubungi talian di bawah. Kepada yang mungkin tidak mampu membantu dari segi kewangan, minta jasa baik anda untuk doa kan mereka ya.. Rumah No 1 0179709194 – Fateha 0301041100020991 – BSN (Che Siti Fatihah bt Jaafar) Kampung Kedai Buloh, Jalan Kuala Besar 15350 Kota Bharu Kelantan Rumah No 2 01124544197 – Umi 0310829000087596 – BSN (Mohd Zain b Abdullah Jaafar) Kampung Kok Keli 1, 16040 Palekbang Tumpat Kelantan Rumah No 3 0199675616 7064541685 – CIMB (Nor Atikah Adila bt Ibrahim) Lot 251 Jalan Masjid Lama Kg Laut 2, Palekbang 16200 Tumpat Kelantan

A post shared by 𝑬𝒊𝒏𝒂 𝑨𝒛𝒎𝒂𝒏 (@eina_azman) on

Cantik, baik, pemurah, pandai masak…pakej

Susulan keprihatinan dan sikap murni itu, video berkenaan telah dihujani dengan bermacam pujian daripada rakan artis serta para netizen yang kagum dengan DP Eina Azman kerana sudi meringankan yang ditanggung golongan sedemikian. Malah mereka juga tak putus-putus mendoakan agar rezeki keluarganya bertambah selepas ini. Bagi yang ingin menyumbang juga, nombor akaun bank adalah seperti yang tertera di ruangan kapsyen posting video terbabit.

[VIDEO] Kejar Saham Akhirat, Eina Azman Gagal Tahan Sebak Bantu Keluarga Susah

[VIDEO] Kejar Saham Akhirat, Eina Azman Gagal Tahan Sebak Bantu Keluarga Susah


[VIDEO] Kejar Saham Akhirat, Eina Azman Gagal Tahan Sebak Bantu Keluarga Susah

[VIDEO] Kejar Saham Akhirat, Eina Azman Gagal Tahan Sebak Bantu Keluarga Susah

[VIDEO] Kejar Saham Akhirat, Eina Azman Gagal Tahan Sebak Bantu Keluarga Susah

Sumber: IG eina_azman


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

[VIDEO] Kejar Saham Akhirat, Eina Azman Gagal Tahan Sebak Bantu Keluarga Susah

Sharing is caring!