[VIDEO] Kek Lapis Muncul Dalam Cooking Show British, Sarawakian Tumpang Bangga!

Umum sedia maklum, kek lapis Sarawak adalah pencuci mulut yang sangat terkenal bukan sahaja di negeri Sarawak malah digemari oleh kebanyakan rakyat Malaysia. Menu tersebut juga sering menjadi pilihan untuk dihidangkan kepada tetamu sewaktu ketibaan hari-hari perayaan. Manisan ini merupakan kebanggaan rakyat negeri tersebut dan baru-baru ini juga, ia telah muncul dalam sebuah rancangan memasak desserts yang bersiaran di luar negara.

BACA: Rancangan Running Man Semakin Hambar, Dai Wan Pun Akui Rindu Episod Kang Gary!

Tema minggu tersebut: Kek Lapis Sarawak

Rancangan memasak yang terkenal itu dikenali sebagai ‘The Great British Cook Off’. Setiap minggu, peserta akan diberikan tugas untuk menghasilkan manisan mengikut tema yang berbeza-beza. Pada episod terbaru yang sudah ditayangkan pada Selasa lalu, nampaknya Kek Lapis Sarawak telah menjadi menu cabaran buat para peserta.

Harini, juri nak lihat bagaimana kamu semua buat Kek Lapis Sarawak. Jadi kek ini adalah kek berwarna-warni yang berasal dari Negeri Sarawak, Malaysia. Pencuci mulut ini selalunya disediakan sewaktu perayaan atau majlis-majlis keraian.

Pattern kek awak melambangkan Sarawakian (Minit Ke 14:40)

Kelihatan semua peserta berjaya menyiapkan kek lapis Sarawak dengan pelbagai variasi mengikut rasa serta kreativiti sendiri. Juri juga sempat memuji salah seorang dari mereka apabila kek yang disediakannya persis sekali dengan versi asli. 

Kredit Foto : The Great British Bake Off
Kredit The Great British Bake Off

Bangganya jadi anak kelahiran Sarawak!

Video rancangan berkenaan telah ditonton 90,000 kali serta mendapat sekitar 5000 share. Rata-rata netizen terutamanya rakyat negeri Sarawak sendiri sangat teruja  apabila manisan tradisi mereka muncul dalam rancangan luar negara. Pastinya ia bakal menarik perhatian ramai sekaligus memperkenalkan manisan unik itu pada rakyat negara luar.

Sumber: Facebook Aritok dan The Great British Bake Off

Apa Komen Anda?