[VIDEO] Kemain Feeling Sampai Tertutup Mata, Dua Beradik Tak Nak Kalah Menyanyi

Bila melihat keletah kanak-kanak, pasti kita akan teringat kenangan sewaktu kecil dahulu. Zaman di mana tiada apa yang perlu dirisaukan kerana boleh bergelak tawa sambil bermain sepuas hati dan mencoret pelbagai kenangan indah. Hal itu tak ubah juga seperti situasi dua orang adik beradik ini yang tular selepas video mereka berseronok dimuat naik oleh si sepupu.

BACA: Energy Dia, Power!-Tak Padan Kecil, MK K-Clique Terkejut Lihat Bakat Budak Ni

“So, you watch and relax”

Perkongsian tersebut memaparkan dua kanak-kanak dipercayai abang dan adik sedang bergilir menyanyikan lagu ‘Senorita’. Salah seorang daripadanya sempat memperkenalkan diri dan memberitahu  mereka tidak dapat menyanyikan lagu lain kerana adiknya tidak menghafal lirik. Apabila si adik menyanyi, si abang pula ligat berjoget dengan lucu di belakangnya. Mereka juga kelihatan sangat yakin di hadapan kamera dengan riak muka yang menghiburkan sambil menyanyi dengan penuh perasaan sekali.

Macam nak cubit je pipi si kecik tu

Video berdurasi lebih 2 minit itu telah ditonton hampir 100,000 kali dan juga mendapat lebih 9,200 retweet sejak dikongsikan pada semalam. Meninjau ke ruangan komen posting tersebut, ramai juga yang memuji kesungguhan serta sempat berseloroh bahawa mereka tidak boleh menyanyi dengan baik seperti 2 budak comel ini.

Sumber: Twitter Kayntucky

 

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Apa Komen Anda?