Viral

[VIDEO] Kena Patuk & Dikejar, Lelaki Terpaksa Bergelut Dengan Angsa Ketika COD

[VIDEO] Kena Patuk & Dikejar, Lelaki Terpaksa Bergelut Dengan Angsa Ketika COD

Menjadi seorang rider atau runner penghantaran barang bukanlah mudah seperti yang disangka. Bukan sahaja terpaksa menempuh cuaca buruk tetapi haiwan juga boleh menjadi cabaran buat mereka. Begitulah yang dialami oleh seorang lelaki ketika melakukan cash on delivery (COD) baru-baru ini.

BACA: [VIDEO] Tak Mahu Lepas, Gelagat Kucing Clingy Macam Baby Ini Buat Netizen Geram

Terpaksa bergelut dengan angsa, asyik dipatuk di bahagian kaki

Menerusi Facebook Puan Aya, lelaki yang dikenali sebagai Abdul Syukur Ismail terpaksa bergelut dengan seekor angsa. Haiwan terbabit dilihat mematuk di bahagian kaki Abdul Syukur beberapa kali dan enggan melepaskannya. Lelaki berkenaan kemudiannya dengan berhati-hati mencekak haiwan tersebut dan cuba tenangkan daripada terus menyerang dirinya.


[VIDEO] Kena Patuk & Dikejar, Lelaki Terpaksa Bergelut Dengan Angsa Ketika COD

Masih terus nak mematuk, nampak macam tak puas hati je

Akan tetapi, haiwan terbabit seolah-olah masih tidak berpuas hati dan bertindak mengejar pula lelaki berkenaan. Kali ini, angsa tersebut dilihat masih berdegil dan bagaikan nekad untuk menyerang Abdul Syukur walaupun sudah dicekak sekali lagi.


Steady je bila kena patuk dengan angsa kampung, cara nak handle memang kena cekak tengkuknya

Video berdurasi 53 saat berkenaan turut menjadi viral di laman Twitter sehingga meraih lebih 55 ribu tontonan dan 4 ribu retweets. Selain memuji ketenangan dan tindakan Abdul Syukur ketika menghadapi angsa terbabit, ada juga antara netizen yang berkongsi pengalaman ketika melakukan penghantaran ke rumah pelanggan serta hampir ‘dikerjakan’ oleh haiwan sama.

[VIDEO] Kena Patuk & Dikejar, Lelaki Terpaksa Bergelut Dengan Angsa Ketika COD

[VIDEO] Kena Patuk & Dikejar, Lelaki Terpaksa Bergelut Dengan Angsa Ketika COD


[VIDEO] Kena Patuk & Dikejar, Lelaki Terpaksa Bergelut Dengan Angsa Ketika COD

Sumber: FB Puan Aya, Twitter Twiter Virall

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

[VIDEO] Kena Patuk & Dikejar, Lelaki Terpaksa Bergelut Dengan Angsa Ketika COD

Facebook

Telegram