Hiburan

[VIDEO] “Keren Bangat!” – Menyamar Busker Jalanan, Amy Search Gegar MRT Jakarta

[VIDEO] “Keren Bangat!” – Menyamar Busker Jalanan, Amy Search Gegar MRT Jakarta

Sharing is caring!

Siapa sahaja tidak mengenali Amy Search yang merupakan penyanyi lagenda rock Malaysia. Ketika sedang berada di zaman kegemilanganya dahulu, nama Search bukan sahaja popular di Malaysia, malahan sangat dikenali di negara jiran Indonesia. Setelah agak lama tidak mendengar perkembangan terbaru tentang Amy Search, baru-baru ini dia telah membuat kejutan istimewa buat warga Indonesia.

Baca : Penangan 7 Beradik Perempuan, 2 Gadis Ini Siap Bersilat Di Majlis Kakak Sendiri

[VIDEO] “Keren Bangat!” – Menyamar Busker Jalanan, Amy Search Gegar MRT Jakarta

Dalam sebuah stesen MRT yang terletak di Jakarta, sekumpulan busker jalanan telah membuka peluang kepada orang yang ada di situ untuk cuba menyanyi. Kemudian, Amy Search yang sudah berdiri di sekitar kawasan persembahan tersebut mula keluar dan menghampiri mikrofon.


Aku di MRT Jakarta…

https://www.instagram.com/p/BwLQdHqlj05/

Awalnya, ramai yang tidak mengesyaki bahawa lelaki berambut panjang tersebut adalah Amy Search memandangkan lagenda rock itu turut mengenakan jambang dan misai palsu yang agak tebal.

[VIDEO] “Keren Bangat!” – Menyamar Busker Jalanan, Amy Search Gegar MRT Jakarta

Namun sejurus dia menyanyikan beberapa bait lirik daripada lagu popularnya berjudul Isabella (1989), orang ramai mula menumpukan perhatian ke arah tempat busking tersebut. Teka-teki tentang pemilik suara yang mirip dengan Amy Search itu akhirnya terjawab apabila dia terus menanggalkan misai dan jambang palsunya.

[VIDEO] “Keren Bangat!” – Menyamar Busker Jalanan, Amy Search Gegar MRT Jakarta [VIDEO] “Keren Bangat!” – Menyamar Busker Jalanan, Amy Search Gegar MRT Jakarta

Tidak ketinggalan, dia juga sempat menaiki MRT dan menghiburkan penumpang yang ada pada ketika itu. Bukan sahaja dikerumuni ramai peminat, malahan mereka sempat memeriahkan suasana MRT dengan menyanyikan lagu-lagu kumpulan Search.


Amy Search meriahkan MRT Jakarta

Rata-rata netizen Indonesia yang suka dengan konsep kejutan yang dibuat oleh penyanyi lagenda ini, malahan ada juga yang merasa rugi kerana tidak berpeluang berjumpa dengan Amy Search.

Kalau tahu, aku naik MRT untuk jumpa Amy Search

[VIDEO] “Keren Bangat!” – Menyamar Busker Jalanan, Amy Search Gegar MRT Jakarta

Sayangnya…Aku duduk kampung jadi tak dapat jumpa

[VIDEO] “Keren Bangat!” – Menyamar Busker Jalanan, Amy Search Gegar MRT Jakarta

[VIDEO] “Keren Bangat!” – Menyamar Busker Jalanan, Amy Search Gegar MRT Jakarta

Wah hebatnya…Semoga terus sukses bang

[VIDEO] “Keren Bangat!” – Menyamar Busker Jalanan, Amy Search Gegar MRT Jakarta

Idola aku dari kecik lagi

[VIDEO] “Keren Bangat!” – Menyamar Busker Jalanan, Amy Search Gegar MRT Jakarta

Sumber : Instagram  Aku Amy Search dan Choir Channel Youtube 


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!

Facebook

Telegram

Topik Panas Minggu Ini