[VIDEO] Kerja Tanpa Rehat, Doktor & Jururawat Di Wuhan Alami Gangguan Mental

Wabak Koronavirus yang melanda Wuhan, China telah menyebabkan keadaan huru-hara di bandar itu sejak permulaan tahun 2020 ini. Sepanjang tempoh itu juga, para petugas kesihatan di sana bertungkus-lumus setiap hari untuk merawat masyarakat yang dijangkiti virus berkenaan. Namun memandangkan wabak ini seperti tiada penghujungnya, mereka terpaksa dikerah bekerja tanpa tempoh rehat yang cukup.

BACA: Biru Atau Putih Di Luar? Ramai Masih Keliru Fungsi & Cara Betul Pakai Mask

Hanya mahu pulang ke rumah

Baru-baru ini, sebuah akaun di laman Twitter telah berkongsi sebuah paparan video yang menunjukkan seorang anggota medik membuat panggilan setelah dia terlalu penat mengendalikan hal berkenaan wabak Koronavirus tersebut. Berdasarkan kapsyen pada posting tersebut, doktor itu mendakwa bahawa dia mahu pulang setelah serik bekerja dalam 4 shifts pada hari yang sama.

Advertisement

Kehabisan tenaga & alami tekanan perasaan

Advertisement

Selain itu, turut dipaparkan juga tentang situasi staf kesihatan di bandar malang itu yang sedang menangis dan meraung. Menurut pengendali akaun berkenaan, pasukan perubatan di sana sudah kehabisan tenaga dan mereka mengalami tekanan perasaan susulan virus Koronavirus ini. Malah keadaan itu turut membangkitkan rasa kurang senang daripada pihak awam yang menyaksikannya.

Dianggap pembelot jika tidak melakukan kerja

Video terakhir yang dikongsikan oleh pemilik akaun ini turut menunjukkan seorang nurse mengalami gangguan emosi selepas bandar Wuhan itu dikuarantinkan. Menurut wanita itu, mereka terpaksa bekerja tanpa henti setiap hari. Lebih mendukacitakan, mereka bahkan boleh dianggap sebagai pembelot sekiranya ingin berehat daripada melakukan tugasan merawat orang awam.

Advertisement

Sumber: Twitter badiucao

 

Advertisement

Apa Komen Anda?