Isu Semasa Tips

[VIDEO] Ketua Keluarga Usah Bimbang, Chef Kongsi Tips Beli Barangan Segar

[VIDEO] Ketua Keluarga Usah Bimbang, Chef Kongsi Tips Beli Barangan Segar

Sharing is caring!

Dalam mengurus keperluan rumah tangga, wanita merupakan golongan yang lebih mahir untuk menentukan setiap apa yang dipilih berbanding lelaki. Selari dengan pelaksanaan perintah pihak kerajaan yang membenarkan ketua keluarga sahaja keluar mencari keperluan, ia pasti satu saat yang sukar buat mereka.

BACA: Kerajaan Umumkan Bantuan, Berita Baik Kepada Pencarum KWSP & Peminjam PTPTN


[VIDEO] Ketua Keluarga Usah Bimbang, Chef Kongsi Tips Beli Barangan Segar
Gambar sekadar hiasan

Jangan beli ikan siap dibungkus & bermata merah

Terbaru, Chef Sherson Lian yang juga pernah mengacarakan beberapa rancangan memasak di televisyen telah berkongsi tips untuk memilih barangan keperluan yang segar melalui posting di laman Twitter. Menurutnya, ikan yang telah dipaketkan tidak sesuai untuk dibeli. Oleh itu sebagai option lain, pilih ikan yang bermata cantik dan elakkan jenis mata berwarna kemerahan.

[VIDEO] Ketua Keluarga Usah Bimbang, Chef Kongsi Tips Beli Barangan Segar

[VIDEO] Ketua Keluarga Usah Bimbang, Chef Kongsi Tips Beli Barangan Segar
Kredit foto: MalaysiaGazette

Daging yang sudah berair tanda tidak segar

Pemilihan udang yang baik pula dapat dilihat apabila fizikalnya masih lengkap berkepala. Malah katanya lagi, ayam dan daging yang telah dibungkus mestilah tidak mengandungi sebarang cecair di dalamnya. Jika terdapat cecair, ia bermakna daging tersebut mungkin sudah lama dibungkus sebagai barangan jualan.


Beli barangan yang perlu & rancang perbelanjaan

Chef selebriti ini juga sempat berkongsi nasihat supaya semua orang bijak dalam menentukan barangan yang hendak dibeli. Tindakan pembelian terburu-buru atau panic buying semestinya akan menyebabkan stok berkurangan sekaligus menafikan hak mendapatkan bekalan asas terutamanya bagi mereka yang mempunyai gaji ‘cukup-cukup makan’. Sebagai menurut saranan pihak berkuasa, tindakan ini seakan tidak adil dan wajar untuk dielakkan.

[VIDEO] Ketua Keluarga Usah Bimbang, Chef Kongsi Tips Beli Barangan Segar
Gambar sekadar hiasan
[VIDEO] Ketua Keluarga Usah Bimbang, Chef Kongsi Tips Beli Barangan Segar
Gambar sekadar hiasan

Sumber: Twitter Sherson Lian


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!