[VIDEO] Kompilasi Babak Kak Sue Dalam Pujaan Hati Kanda Raya Bikin Pecah Perut!

Pernah mencetuskan fenomena gara-gara satu babak pergaduhan dengan seorang watak antagonis dalam drama bersiri Pujaan Hati Kanda, populariti Reen Rahim kini semakin melonjak naik hasil penangan watak Kak Sue. Terbaru, kemunculan semula watak ini dalam drama Pujaan Hati Kanda Raya yang ditayangkan menerusi TV3 pada hari raya pertama minggu lalu telah kembali menhiburkan para peminat drama bersiri itu. 

BACA: Babak ‘Kak Su Marah Nadine’ Pujaan Hati Kanda Lawak Habis! Netizen Terhibur

Sekali lagi, Kak Sue gagal mengecewakan penonton dengan watak lucu dan giIa-giIanya itu dalam drama kali ini. 

Dalam siri khas sempena hari raya ini, watak yang dipegang Reen Rahim telah ‘upgrade‘ menjadi seorang ‘businesswoman kampung’. Dia mengambil upah menjahit baju dan membuat kuih raya dengan banyak sehingga tak menang tangan! 

Habis kecoh satu rumah dengan gelagat kelam-kabutnya sehingga memaksa Tiara (Mira Filzah) dan Danny (Remy Ishak) mambantunya menyelesaikan tempahan kuih rayanya itu. 

Berikut adalah antara babak-babak lucu Kak Sue sepanjang drama ini dimainkan.

Antara babak yang paling menarik tumpuan ramai adalah ketika Pali datang ke rumahnya mencari Tiara dan kemudian dihalau oleh Kak Sue. Pali pula dalam drama kali ini sudah menjadi kurang siuman setelah kehilangan ibunya. 

Boleh luruslah rambut aku dengan kau ni 

Aku gelak tak berhenti. Terberanak jap lagi 

Tak boleh blah soalan Pali.. makcik bela dia ni ade lesen ke

Ni lah perangai kakak sebenar

Netizen menyifatkan watak Kak Sue lakonan Reen Rahim berjaya menghidupkan cerita tersebut. 

Dia ni yg naikkan watak2 dalam rumah tu

Sumber: FB REEN RAHIM, Youtube AUEZ TV

Apa Komen Anda?