Viral

[VIDEO] Konon Balas Jasa Cari Kutu Pemuda, Monyet Pasrah Tadah Juga Kepala

[VIDEO] Konon Balas Jasa Cari Kutu Pemuda, Monyet Pasrah Tadah Juga Kepala

Sharing is caring!

Walaupun kita tahu monyet kadang-kadang bersikap garang dan begitu menakutkan sekali, tapi adakalanya haiwan ini boleh bertukar jinak bila berhadapan manusia. Maka tidak hairanlah keletah binatang ini sering tular di media sosial. Tidak terkecuali perkongsian daripada seorang pemuda ini di aplikasi TikTok.

BACA: [VIDEO] Teriak Diusik Monyet Batu Caves, Tapi DJ Soda Maintain Cantik Berkebaya

Tekun habis belek rambut satu persatu cari kutu

Menerusi perkongsian dimuat naik oleh Alif Muhaimin yang juga bekas juara Hero Remaja 2017/2018, seekor monyet dilihat tekun mencari-cari kutu di atas kepalanya. Pencarian itu bagaimanapun seperti tidak membuahkan hasil biar pun rambut pemuda tersebut dibelek-belek sebanyak beberapa kali.


[VIDEO] Konon Balas Jasa Cari Kutu Pemuda, Monyet Pasrah Tadah Juga Kepala

Eh dia pulak belek kepala monyet konon balas jasa tolong cari kutu

Tak lama kemudian siapa sangka, dia seakan-akan ‘membalas jasa’ haiwan berkenaan dengan bertindak mencari semula kutu. Semacam pasrah dengan perbuatan itu, monyet tersebut kelihatan tenang dan bersahaja melayan kerenah pemuda kacak berkenaan.

@alipblastoff

Cari cari kutu dengan abang nyett 🐒 #fyp #cawikutu #findingfleas

♬ Kimi No Toriko Best Loop – DJ Facemask

Kesiankan lah kami yang single ini. Comel sangat ni

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat si monyet dan juga lelaki berkenaan. Malah ada sesetengah berseloroh kononnya mereka sangat cemburu melihat hubungan kedua-duanya yang dianggap sangat sweet dan comel. Selain itu, ramai juga yang tidak ketinggalan menceritakan pengalaman berhadapan dengan spesies serupa.


[VIDEO] Konon Balas Jasa Cari Kutu Pemuda, Monyet Pasrah Tadah Juga Kepala

[VIDEO] Konon Balas Jasa Cari Kutu Pemuda, Monyet Pasrah Tadah Juga Kepala

[VIDEO] Konon Balas Jasa Cari Kutu Pemuda, Monyet Pasrah Tadah Juga Kepala

Sumber: TikTok Alif Muhaimin 


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!

Facebook

Telegram

Topik Panas Minggu Ini