[VIDEO] Konon Gempak Buat #janganbayarchallenge, Akhirnya Instafemes Dikecam!

Sebagai pengguna media sosial di zaman sekarang, kita pastinya sedar tentang lambakan instafamous yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Kemunculan mereka ini amat mudah diterima oleh para netizen khususnya dari kelompok anak muda sekitar umur 20-an. Dengan rupa yang kacak dan cantik, mereka juga boleh meraih pengikut yang besar dalam sekelip mata di samping membuat video viral. Terbaru, seorang instafamous telah memperkenalkan satu cabaran baru bernama #janganbayarchallenge.

Baca : Beli Bag Tangan Mewah, Blogger Cetus Inspirasi Buat Belia Muda

Di dalam video yang dimuat naik oleh instafamous tersebut, sesiapa yang mendengar ayat “jangan bayar” perlu angkat kaki daripada kaunter pembayaran. Makanan yang dibeli tidak perlu dibayar sebagai tanda menyahut cabaran ini.

View this post on Instagram

Challenge terbaru, Tag kawan korang ! #jarangtakbuathal #Dahbayardulu

A post shared by mohd zairul (@zairulgriezmann) on

Jika melewati Instagram instafamous ini, kita dapat saksikan bahawa dia banyak membuat video. Namun, #janganbayarchallenge ini mungkin tidak begitu sesuai untuk dipertontonkan kepada umum kerana dikhuatiri ada pihak tidak bertanggungjawab bakal mengambil kesempatan untuk mencur1.

Video ini telah mengundang kecaman dari para netizen. Seorang pengguna di Twitter pula telah berkongsikan komen peribadinya tentang cabaran ini dan mendapat sekitar 7,000 retweet.  

Ada ayah di penj4ra sebab cur1 makanan demi nak bagi anak makan. Tapi instafamous pergi buat cabaran bod*h macam ni. Tadi ade tengok di komen, mereka cakap memang tak bayar . Bangga buat dosa.

Satu jam lepas posted, dia bangga mengaku tak bayar makanan tu. Lepas i kongsi video dia di Twitter, dia mula cakap kat ig dia bayar. Bayangkan kalau memang ada orang mencuri tapi akhirnya terlepas dengan alasan buat cabaran ni.

Benda ni nampak macam gurauan tapi pencur1 boleh guna peluang ni untuk terus mencur1. Jangan dah terh4ntuk baru nak terngadah.

Setelah teruk dihentam di Twitter dan juga Instagram, instafamous ini tampil membuat kenyataan di Instastorynya.

Kita orang dah bayar dulu. Jangan ambil serius sangat

Sumber :  Instagram zairulgriezmann dan Twitter Sheera Ong

Apa Komen Anda?