[VIDEO] Konon Nak Berniaga, Lelaki Ini Kikis Duit Pacar Sampai Hutang Ah Long!

Zaman sekarang ini nak dapatkan duit sangat senang. Kalau bukan melalui pinjaman daripada pihak bank, pasti ada pula yang sanggup meminjam daripada ‘ah long’ atau pihak yang konon mendakwa diri mereka sebagai peminjam wang berlesen kerana hanya boleh dibuat menerusi satu panggilan sahaja. Itulah yang terjadi kepada seorang gadis remaja ini apabila sanggup menghabiskan semua wang simpanannya malah berhutang ribuan ringgit dengan lintah darat demi membuktikan kasih sayang terhadap lelaki yang tidak terurus umpama biawak hidup.

BACA: Viral Isu Hantaran Mahal Ikut Degree, Lihat Parodi ‘Win’ Yang Dibuat Lelaki Ini

Rupanya dah lama bersekedudukan di rumah yang sama

Selepas tidak mampu lagi bertahan dengan hidup sedemikian, gadis tersebut akhirnya telah membuat aduan kepada Persatuan Pengguna IsIam Malaysia (PPIM) yang kemudiannya menyerbu kediaman lelaki berkenaan bersama beberapa ahli keluarga pengadu. Dalam tempoh soal siasat itu, kedua-dua mereka mereka sudah lama bersedudukan di kawasan tersebut. Lelaki itu turut menyatakan impiannya untuk berkahwin dan menjadi suami yang sah suatu hari nanti.

Sanggup nak bela anak orang macam ni?

Namun apabila ditanyakan perihal gadis itu terdesak wang sehingga terpaksa meminjam daripada ah long, dia hanya mejawab tidak tahu tentang perkara itu. Gadis itu turut mendedahkan yang dia pernah meminjam hampir RM20 ribu kononnya untuk memulakan sebuah perniagaan. Namun lelaki itu hanya menyatakan dia telah ditipu dan tiada rezeki untuk perkara tersebut. Gara-gara tidak dapat menahan kemarahannya, ibu gadis tersebut bertindak untuk memukuI pacar anaknya itu beberapa kali dengan beg tangan selepas mendengar penjelasannya.

Sumber: YouTube TV. PPIM

Apa Komen Anda?