Dalam sesebuah perkahwinan, gurau senda adalah sesuatu perkara yang boleh membahagiakan kehidupan suami dan isteri. Di samping itu, kegembiraan ini juga boleh dianggap sebagai pengikat kasih sayang antara mereka agar rumah tangga berkekalan lama. Namun begitu, tidak semua perkara boleh dijadikan bahan gurauan seperti video yang dimuat naik oleh Instafamous Norreen Iman ini.
BACA:Â Sebelum Complaint Isteri Selekeh Bila Dah Kahwin, Suami Kena Tengok Diri Balik
Suami bagi pantun nak cari orang rumah baru…Terkedu lepas dengar jawapan padu daripada isteri
Ketika berada dalam kereta, suaminya iaitu Razzi Razak sempat memberikan pantun pickupline berdasarkan pantun popular ‘pen merah pen biru’. Selepas memikat hati isterinya, lelaki tersebut malah sempat selitkan warning akan cari pengganti baru jika Norreen selalu marah. Walaupun dia nampak saja macam cool tapi, wanita tersebut menjawab semula pantun suaminya sambil memberikan beberapa sindiran ‘pedas’.
Jawatan Kosong: Penulis Di Laman Portal Kisah Dunia (Work From Home)
Jangan buat hal nanti kena kayu…Memang orang perempuan yang selalu akan win
Tak cukup dengan itu, Norreen juga sempat membuat reaksi wajah yang menjengkelkan apabila terdengar ayat berikut daripada mulut suaminya. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat gelagat suami dan isteri tersebut serta berseloroh bahawa Razzi sengaja gurau sebegitu untuk uji kesabarannya. Paparan video tersebut telah berjaya meraih lebih 50 ribu jumlah tontonan sejak dimuat naik semalam.
Sumber: Instagram norreen143
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura