Family Viral

[VIDEO] Konon Nak Hantar Ke Sekolah, Ibu Berdekah Bila Perasan Anak Tak Ikut

[VIDEO] Konon Nak Hantar Ke Sekolah, Ibu Berdekah Bila Perasan Anak Tak Ikut

Sharing is caring!

Umum mengetahui tugas sebagai seorang ibu itu bukanlah sesuatu yang mudah. Terdapat banyak tugasan yang perlu mereka uruskan seperti memasak, mengemas, menjaga dan juga mendidik anak. Apabila terlalu sibuk dengan kerja-kerja itu, mereka menjadi penat dan mudah kehilangan fokus. Sama seperti kisah seorang ibu yang tular ini di mana dia boleh terlupa akan anak-anaknya.

BACA: “Bukan Takut Bini..” – Jam 3 Pagi Belum Balik, Johan Buat Netizen Berdekah

Anak tak ada dalam kereta

Seorang pengguna Twitter, @torrespriss telah berkongsi sebuah video memaparkan seorang ibu yang terkejut dan berdekah apabila mendapati anak-anaknya tiada dalam kereta. Wanita yang sedang memandu itu hanya menyedari hal tersebut ketika dia dalam perjalanan ke sekolah anaknya. Perkongsian ini telah meraih lebih daripada 109 ribu retweets setakat ini.


[VIDEO] Konon Nak Hantar Ke Sekolah, Ibu Berdekah Bila Perasan Anak Tak Ikut [VIDEO] Konon Nak Hantar Ke Sekolah, Ibu Berdekah Bila Perasan Anak Tak Ikut

Kembali ke rumah ambil anak

Wanita berkenaan hanya mampu ketawa dan tidak percaya dia boleh terlupa akan anak-anaknya. Terhibur dengan situasi tersebut, si ibu ini merakamkan tempat duduk belakang kereta yang kosong tersebut dan memberitahu bahawa dia terpaksa kembali ke rumah untuk mengambil mereka. Setibanya di rumah, perempuan ini tergelak besar melihat kedua-dua anaknya yang telah ditinggalkan itu.

Ketawa dia membuatkan video ini lebih lawak

Rata-rata netizen terhibur dengan video ini dan tidak menyangka wanita tersebut boleh terlupa akan anak-anaknya itu. Di ruangan komen, mereka turut berseloroh tentang nada hilai tawa wanita berkenaan sungguh lucu.


[VIDEO] Konon Nak Hantar Ke Sekolah, Ibu Berdekah Bila Perasan Anak Tak Ikut [VIDEO] Konon Nak Hantar Ke Sekolah, Ibu Berdekah Bila Perasan Anak Tak Ikut [VIDEO] Konon Nak Hantar Ke Sekolah, Ibu Berdekah Bila Perasan Anak Tak Ikut

Sumber: Twitter torrespriss


Tidak mahu terlepas cerita viral & trending? Jom sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

[VIDEO] Konon Nak Hantar Ke Sekolah, Ibu Berdekah Bila Perasan Anak Tak Ikut

Sharing is caring!