[VIDEO] Konon Nak Join Ride Dengan Zizan, Shuib Kena Sound Dengan Siti Sarah

Sebelum ini, kecoh di media sosial apabila pelawak dan usahawan madu Shuib Sepahtu meminta izin kepada isterinya Siti Sarah Raisuddin untuk membeli kapcai Yamaha Y15ZR (YSuku). Malah Sarah juga sanggup mengubah suai penampilan motosikal berwarna kuning itu dengan hiasan seakan-akan ‘diva’ sebagai satu kejutan buat suaminya. Gelagat dan reaksi suami isteri ini sememangnya mendapat perhatian ramai termasuklah rakan selebriti seperti Zizan Razak dan Achey yang juga peminat motosikal.

BACA: [VIDEO] “Macam Beca Melaka!” – Lihat Siti Sarah Modified Motor Kesayangan Shuib

Terbaru, Shuib ada berhubung dengan Zizan menerusi aplikasi Instagram Live dan ada bertanyakan tentang aktiviti ride atau kembara motosikal kerana dia teringin untuk menyertainya. Namun begitu, perbualan mereka telah disampuk oleh Siti Sarah yang melarang suaminya daripada menyertai aktiviti sedemikian.

Moment tersebut sempat dirakam oleh salah seorang warga Twitter dan video itu telah meraih 15 ribu retweets setakat ini.

“Kalau nak ride, aku yang bawak motor. Shuib duduk belakang..”

Tidak cukup dengan itu, Zizan juga tidak habis-habis mengusik rakannya itu gara-gara mempunyai sifat ‘takut bini’.

Motor berbunga takut bini la tu

Rata-rata netizen amat terhibur dengan gelagat mereka bertiga dalam paparan tersebut.

Kena puaskan masa muda dulu ni…kalau tak kena bahan dengan member

Sarah tu marah sebab sayang…

Muka cuak tu lawak…sayang bini la tu

Sumber: Twitter AkeemSharyzal

Apa Komen Anda?