Cinta Viral

[VIDEO] Konon Nak Sambut Birthday Boyfriend LDR, Akhirnya Kecewa Respons Hambar

[VIDEO] Konon Nak Sambut Birthday Boyfriend LDR, Akhirnya Kecewa Respons Hambar

Sharing is caring!

Hubungan jarak jauh adalah lumrah bagi sesetengah couple yang sedang bercinta meskipun jarang bersua muka. Relationship ini biasanya terpaksa dilalui disebabkan mereka tinggal di lokasi yang berbeza. Namun, bukan semua orang mampu mengharungi detik percintaan seperti ini kerana pasti ada pelbagai dugaan yang bakal mereka terima.


BACA: Syok Sambut Birthday, Sekali Hanya Kempunan Tengok Hadiah Terbang Dek Angin

Sanggup menunggu nak wish hari jadi boyfriend…Tapi akhirnya kecewa dengan respons yang diberi

Hal itu sama juga dengan sebuah kisah hangat yang dikongsikan di aplikasi TikTok ini.  Gadis yang dikenali sebagai @siskaherianti_ meluahkan rasa kecewa pada hari jadi teman lelakinya. Dia sanggup menunggu detik untuk memberikan ucapan kepada jejaka tersebut menerusi video call sambil memegang kotak yang berisi kek dan kuih. Namun, panggilan tersebut tidak berjawab malah respons yang diberikan sangat mengecewakan seolah-olah tidak menghargai usaha teman wanitanya itu. Susulan itu, gadis daripada Indonesia ini terus menjamah makanan tersebut dengan linangan air mata mengenangkan nasib hubungan jarak jauh mereka.


@siskaherianti_

curhat boleh?😔#sadgirl #nunukankaltara #pejuangldr #happybirthday #challenge #foryoupage #fyp #terlanjurmencintaimu #tiktokers #tiktokviral

♬ Mengapa Kita #terlanjurmencinta – Lyodra

Ini sebenarnya hubungan toksik…better tinggalkan je lelaki macam itu

Setelah menjadi tular, video tersebut dibanjiri dengan pelbagai komen daripada netizen. Rata-ratanya turut bersimpati dengan nasib yang menimpa gadis tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa dia sedang melalui hubungan toksik dan berhak untuk mendapatkan kebahagiaan meskipun tanpa lelaki tersebut. Malah, mereka juga mengatakan pernah lalui situasi yang sama sepertinya. Video sedih ini telah meraih 1.5 juta jumlah tontonan.


[VIDEO] Konon Nak Sambut Birthday Boyfriend LDR, Akhirnya Kecewa Respons Hambar

 

[VIDEO] Konon Nak Sambut Birthday Boyfriend LDR, Akhirnya Kecewa Respons Hambar

[VIDEO] Konon Nak Sambut Birthday Boyfriend LDR, Akhirnya Kecewa Respons Hambar

Sumber: TikTok siskaherianti

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!