Viral

[VIDEO] Konon Nak Takutkan Tak Bagi Signal, Lelaki Termalu Sendiri Atas Jalan

[VIDEO] Konon Nak Takutkan Tak Bagi Signal, Lelaki Termalu Sendiri Atas Jalan

Perangai suka menyakat tidak kira dengan orang dewasa mahupun kanak-kanak pasti sering berlaku dalam orang sekeliling kita kan? Bukannya bertujuan untuk menganggu atau menyakitkan hati sesiapa, tetapi sekadar gurauan semata-mata dan boleh diibaratkan sebagai pengikat kemesraan bersama orang lain. Samalah seperti yang berlaku antara dua orang jejaka dan seorang kanak-kanak lelaki ini.

BACA: [VIDEO] Call Suruh Kakak Nyanyi, Cikgu Pedajal Siap Pasang Speaker Di Pejabat

“Dik, kenapa tak bagi signal?” Niat nak mengenakan orang akhirnya termalu sendiri

Menerusi laman Twitter, pengguna akaun @farhanho berkongsi sebuah video yang dirakamkan ketika dia dan rakannya memandu kereta. Dalam masa sama, salah seorang daripada mereka menyuruh adik berkaca mata yang sedang berbasikal berhenti sewaktu melintasinya dan bertanyakan mengapa dia tidak memberikan signal. Tak semena-mena, jawapan win yang diberikan oleh kanak-kanak itu buatkan lelaki tersebut pula yang berasa malu.

Sopan cara bercakap dipuji…muka pun ada iras Yummy dalam drama ‘Kampung People’

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat kedua-dua pihak yang terlibat dalam video ini. Malah, mereka juga berseloroh bahawa muka kanak-kanak lelaki ini sama seperti pelakon cilik dalam drama ‘Kampung People’ iaitu Yummy. Di samping itu, mereka memuji adab kesopanan kanak-kanak itu apabila menjawab soalan lucu tersebut walaupun masa itu dia sedang berasa geram.

[VIDEO] Konon Nak Takutkan Tak Bagi Signal, Lelaki Termalu Sendiri Atas Jalan

[VIDEO] Konon Nak Takutkan Tak Bagi Signal, Lelaki Termalu Sendiri Atas Jalan

[VIDEO] Konon Nak Takutkan Tak Bagi Signal, Lelaki Termalu Sendiri Atas Jalan

 

Sumber: Twitter farhanho_

 

 

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

[VIDEO] Konon Nak Takutkan Tak Bagi Signal, Lelaki Termalu Sendiri Atas Jalan

Facebook

Telegram