[VIDEO] “Kuat Gila Tu” – Tak Tahan Gelak, Sampai 6 Kali Mira Filzah Lempang Zul

Nampaknya 2019 merupakan tahun yang paling sibuk dan berjaya buat Mira Filzah apabila terlibat dalam pembikinan beberapa buah drama dan filem yang menjadi fenomena serta memperoleh rating agak tinggi setakat ini. Tidak terhenti setakat itu sahaja, difahamkan aktres yang cukup terkenal dengan imej musIimah itu turut mendominasi senarai pencalonan ABPBH kali ke-32 apabila tercalon dalam 7 kategori yang dipertandingkan.

BACA: [VIDEO] “Nanti Zizan Marah” – Dapat Pickupline Berani, Reaksi Mira Filzah Cute!

Meskipun nama selebriti pujaan hati ramai ini sedang meniti di bibir ramai peminat drama tempatan gara-gara penangan ‘Sweet Dreams‘, tetapi Mira sekarang turut sibuk mempromosikan filem aksi terbaru yang bakal ditayang tidak lama lagi iaitu ‘Sangkar’. Seperti baru-baru ini, dia sempat mendedahkan antara cabaran yang susah dilaksanakan sepanjang menjayakan naskah tersebut. 

Belanja you guys video kena lempang dengan Mira Filzah

Selepas ramai yang teruja untuk menyaksikannya, pelakon utamanya iaitu Zul Ariffin malah sudi berkongsi sedikit potongan tentang babak tersebut. Rakaman video itu dimuatnaik di laman Instagram miliknya sekitar tengah malam tadi kini telah memperoleh lebih 100 ribu jumlah tontonan. Mana taknya, bukan senang nak tengok Mira lempang orang kan?

Musim Mira tampar orang ni…Zul kena lempang, Qash pun juga

Meskipun tamparan itu kedengaran agak kuat, tetapi Zul sempat ketawa di hujung video tersebut. Katanya, dia tidak dapat menahan gelak kerana terkejut pada waktu terbabit. Dia malah menyifatkan moment itu sebagai antara kenangan yang tidak boleh dilupakan sewaktu penggambaran. Gara-gara itulah juga scene tersebut terpaksa diambil beberapa kali lagi sebelum dapat hasil yang sempurna. Dalam pada itu, rata-rata netizen juga berseloroh di ruangan komen posting tersebut mengenai gelagat Mira dan Zul Ariffin.

Sumber: IG zul_ariffin & sinar_my

Apa Komen Anda?