Viral

[VIDEO] Kucup Dahi Awek Masa Lepak, Member Lain ‘Meluat’ Bangun Tinggalkan Meja

[VIDEO] Kucup Dahi Awek Masa Lepak, Member Lain ‘Meluat’ Bangun Tinggalkan Meja

Sharing is caring!

Lepak bersama kawan merupakan perkara biasa di kalangan anak-anak muda. Akan tetapi, mesti ada seorang member yang nak sangat bawa boyfriend atau girlfriend untuk menyertai sesi lepak itu. Mungkin jika mereka turut serta bersembang dengan kumpulan rakan yang lain, boleh lagi diterima. Tetapi bagaimana pula reaksi anda apabila couple berkenaan mula menunjukkan aksi sweet atau romantik?

BACA: [VIDEO] Gempak Habis Tarian ‘Mak Buyung’, Part Last Buat Ramai Takut Terberanak

Member kucup dahi awek, yang lain bingkas bangun tinggalkan meja terus

Sekitar semalam tular sebuah video melalui pengguna Twitter @PengenKinderJoy, merakamkan reaksi orang lain apabila kawan di meja mereka mengucup dahi teman wanitanya. Melihat sahaja kemesraan itu, member yang lain seakan meluat bingkas bangun tinggalkan meja makan berkenaan. Lebih melucukan lagi apabila terdapat suntingan video itu meletakkan fokus pada beberapa reaksi termasuklah ada yang menghentak botol plastik kemik atas meja dan mengangkat semua pinggan kosong.


Bubar terus… yang bawa pinggan tu nak ke mana?

Di ruangan komen pula, ramai netizen terhibur dengan reaksi rakan-rakan yang bingkas bangun itu. Mereka siap berseloroh terutamanya terhadap reaksi member yang mengangkat setingkat pinggan itu. Ada juga di kalangan netizen yang bersetuju dengan reaksi itu jika mereka berada dalam situasi sama. Secara keseluruhannya, video berkenaan mendapat lebih 300 ribu tontonan dan 3 ribu retweets setakat ini.

[VIDEO] Kucup Dahi Awek Masa Lepak, Member Lain ‘Meluat’ Bangun Tinggalkan Meja

[VIDEO] Kucup Dahi Awek Masa Lepak, Member Lain ‘Meluat’ Bangun Tinggalkan Meja


[VIDEO] Kucup Dahi Awek Masa Lepak, Member Lain ‘Meluat’ Bangun Tinggalkan Meja

[VIDEO] Kucup Dahi Awek Masa Lepak, Member Lain ‘Meluat’ Bangun Tinggalkan Meja

Sumber: Twitter @PengenKinderJoy


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!

Facebook

Telegram

Topik Panas Minggu Ini