Cinta Kehidupan

Konon Pisah Sebab Fizi Tak Buat Kerja Rumah, Shakilla Mohon Hentikan Spekulasi

Konon Pisah Sebab Fizi Tak Buat Kerja Rumah, Shakilla Mohon Hentikan Spekulasi

Sehingga kini, punca kepada perpisahan antara penyampai radio Fizi Ali dan pelakon wanita Shakilla Khoriri masih belum didedahkan. Bersepakat untuk tidak menceritakan perihal sebenar kepada umum, malangnya video-video lama banyak dimuat naik semula oleh netizen dengan membuat spekulasi sewenang-wenangnya mengatakan wanita berkenaan banyak ‘makan hati’ dengan suaminya.


BACA: Fizi Ali Menangis Di Konti Radio, Akui Masih Sayang Isteri-Aku Kuat Demi Anak

@herounsung2

tak berani nak komen sbb min single..

♬ Sakit – Achey

@azueraamir

kadang bukan sebab orang ke3 tapi sebab isteri da terlebih berdikari sehingga semua isteri yg buat. #beautyhack #suamiistri #berandafyp

♬ original sound – ꜰᴀɪᴢɴᴜʀᴢɪɴ – ꜰᴀɪᴢɴᴜʀᴢɪɴ

Fizi selalu tolong saya buat kerja-kerja rumah…Kalau saya buat kerja dialah yang jaga Ameena

Menyedari perkara tersebut, Shakilla tampil menafikan dakwaan yang mengatakan punca rumah tangga mereka berakhir kerana sikap suaminya. Sering mengendalikan anak tatkala si isteri sibuk dengan kerja-kerja rumah, Fizi dikatakan sangat rajin membantunya menguruskan hal-hal rumah tangga.


Konon Pisah Sebab Fizi Tak Buat Kerja Rumah, Shakilla Mohon Hentikan Spekulasi

Konon Pisah Sebab Fizi Tak Buat Kerja Rumah, Shakilla Mohon Hentikan Spekulasi

Video saya post dulu tu cuma untuk projek khas dalam rumah je…Benda lain banyak je Fizi buat

Tambah wanita berumur 31 tahun itu lagi, dia sebenarnya amat gemar bertukang. Tidak mahu proses kerja si isteri terganggu, penyampai radio lelaki itu akan memilih untuk tidak mencampuri urusan Shakilla ketika berdekorasi. Dia juga akui tatkala sibuk dengan penggambaran, Fizilah yang akan membuat kerja-kerja rumah termasuk memasak, mencuci pakaian dan menjaga anaknya.


Konon Pisah Sebab Fizi Tak Buat Kerja Rumah, Shakilla Mohon Hentikan Spekulasi

Konon Pisah Sebab Fizi Tak Buat Kerja Rumah, Shakilla Mohon Hentikan Spekulasi

Cukuplah korek salah silap kami…Perpisahan ni satu pembelajaran untuk kami jadi lebih matang

Tidak mahu keadaan menjadi lebih keruh, bekas isteri Fizi Ali berharap agar semua orang berhenti mencari salah silap mereka dan tidak membuat spekulasi sendiri mengenai isu rumah tangganya. Pelakon ini sendiri menyatakan apa yang terjadi sebenarnya menjadikan mereka lebih matang di samping akui bekas suaminya ialah kawan dan suami terbaik pernah dimilikinya.

Konon Pisah Sebab Fizi Tak Buat Kerja Rumah, Shakilla Mohon Hentikan Spekulasi

Konon Pisah Sebab Fizi Tak Buat Kerja Rumah, Shakilla Mohon Hentikan Spekulasi

Konon Pisah Sebab Fizi Tak Buat Kerja Rumah, Shakilla Mohon Hentikan Spekulasi

Kredit: Portal mStar, Instagram shakillakhoriri, TikTok herounsung2 & TikTok azueraamir

 

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Konon Pisah Sebab Fizi Tak Buat Kerja Rumah, Shakilla Mohon Hentikan Spekulasi

Facebook

Telegram