Tips

[VIDEO] Lebih 30 Ribu Retweets, Wanita Kongsi Resipi Buat Pancake Gebu & Lazat

[VIDEO] Lebih 30 Ribu Retweets, Wanita Kongsi Resipi Buat Pancake Gebu & Lazat

Sharing is caring!

Sebelum mulakan aktiviti seharian, tubuh kita pastinya perlu dilengkapkan dengan banyak tenaga. Oleh sebab itu, pengambilan sarapan adalah sangat penting bagi membekalkan sumber nutrisi penting sekali gus meningkatkan mood pada waktu tersebut. Jika sudah biasa dengan juadah nasi lemak atau roti canai, apa kata sekali-sekala cuba makan pancake pula. Tak perlu susah-susah ke restoran makanan segera pun. Anda boleh cuba sediakan pancake yang gebu dan lazat di rumah sahaja.

BACA: Untung Jualan Cecah Ribuan Ringgit, Wanita Dedah Rahsia Buat Creampuff Fluffy

[VIDEO] Lebih 30 Ribu Retweets, Wanita Kongsi Resipi Buat Pancake Gebu & Lazat
Gambar sekadar hiasan

Resipi pancake mudah & amat sedap

Bagi yang mungkin pertama kali mahu cuba masak juadah ringan untuk sarapan moden ini, anda boleh ikuti langkah resipi pembuatan yang dikongsikan oleh wanita bernama Amalina Rahman di laman Twitter miliknya baru-baru ini. Selain untuk mengisi perut sendiri, mana tahu bila dah mahir nanti boleh kembangkan sebagai business tambahan pula.

[VIDEO] Lebih 30 Ribu Retweets, Wanita Kongsi Resipi Buat Pancake Gebu & Lazat


Bahan penyediaan pancake

[VIDEO] Lebih 30 Ribu Retweets, Wanita Kongsi Resipi Buat Pancake Gebu & Lazat

Campurkan semua bahan & panaskan kuali non-stick

Antara sebab ianya mudah untuk disediakan adalah kerana tidak melibatkan proses yang rumit seperti kebanyakan resipi makanan lain. Campurkan terus kesemua bahan ke dalam satu bekas dan panaskan siap-siap kuali non-stick. Oleskan sedikit mentega sebelum bancuhan tepung tadi dimasukkan ke dalamnya untuk dimasak. Jangan lupa untuk terbalikkan pancake bila beberapa gelembung sudah mula kelihatan.

[VIDEO] Lebih 30 Ribu Retweets, Wanita Kongsi Resipi Buat Pancake Gebu & Lazat


Tambah perisa kegemaran, & dah siap…

[VIDEO] Lebih 30 Ribu Retweets, Wanita Kongsi Resipi Buat Pancake Gebu & Lazat

Sumber: Twitter amalinaMg & IG malinarahman_


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!