Viral

[VIDEO] Lebih Sejuta Views, Gelagat Kembar Nak Skip Kelas Online Licik Habis

[VIDEO] Lebih Sejuta Views, Gelagat Kembar Nak Skip Kelas Online Licik Habis

Sharing is caring!

Kehidupan sebagai sepasang kembar terutamanya yang seiras pasti penuh dengan kisah-kisah melucukan. Persamaan yang sangat ketara adakalanya boleh membuatkan orang ramai keliru dengan identiti mereka. Mungkin disebabkan itu, boleh terdetik di fikiran dua gadis kembar dari Indonesia ini untuk mengambil kesempatan sewaktu menjalani kuliah mereka.

BACA: [VIDEO] 3 Kembar Melalak Serentak, Ayah Terus Kelam-Kabut Nak Siapkan Susu

Dahla kembar seiras, sarung uniform sama dari atas sampai bawah

Menerusi satu perkongsian video di TikTok @bestabeste, gadis kembar yang dikenal sebagai Besta dan Beste dilihat menyarung uniform serupa sambil bersedia di depan sebuah komputer riba. Waktu itu, mereka berdua dikehendaki mengikuti kuliah dari rumah dalam fasa norma baharu yang diamalkan di seluruh dunia buat masa ini.


[VIDEO] Lebih Sejuta Views, Gelagat Kembar Nak Skip Kelas Online Licik Habis

Bila sorang dah letih, yang lagi satu datang ganti

Gara-gara itu, mereka telah berikhtiar idea yang cukup licik. Mereka berdua akan bertindak bertukar tempat duduk dan menggantikan posisi setelah salah seorang mulai letih dengan pembelajaran berkenaan. Gaya tudung masing-masing turut dipastikan sama supaya helah berkenaan tidak terbongkar sama sekali.

@bestabeste

enak banget kembar👭 #thengapaktwins

♬ Whistle Dance – Nguyễn Quốc ✅

Ini kalau ajak date, mau pening boyfriend nak detect awek dia yang mana satu

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen ‘pecah perut’ melihat usaha gigih gadis kembar tersebut. Walau bagaimanapun, mereka menjelaskan belum pernah berani untuk menyamar masuk ke kelas lain dengan menggunakan identiti sama. Secara keseluruhannya, video berkenaan telah berjaya mendapat lebih sejuta views di laman TikTok.


[VIDEO] Lebih Sejuta Views, Gelagat Kembar Nak Skip Kelas Online Licik Habis

[VIDEO] Lebih Sejuta Views, Gelagat Kembar Nak Skip Kelas Online Licik Habis

[VIDEO] Lebih Sejuta Views, Gelagat Kembar Nak Skip Kelas Online Licik Habis

Sumber: TikTok BestaBeste

 


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!

Facebook

Telegram

Topik Panas Minggu Ini