Viral

[VIDEO] Lelaki Kecewa Kena Tinggal Perempuan Lepas Bongkar Diri Duda Anak Satu

[VIDEO] Lelaki Kecewa Kena Tinggal Perempuan Lepas Bongkar Diri Duda Anak Satu

Bagi seseorang lelaki, kehidupan dengan gelaran ‘duda’ tidak semudah yang disangka. Malahan, mereka juga mengambil masa lama untuk menerima kehadiran pengganti baru yang boleh menerima status diri berkenaan. Tambahan pula, bukan semua wanita menginginkan ayah tunggal yang sedang mempunyai anak. Kisah sedih ini sama juga seperti yang dilalui oleh jejaka daripada Indonesia.


BACA: Allah Tu Adil Lelaki Nangis Nampak Awek Kantoi Dating Dengan Orang Lain

Lepas beritahu bahawa diri duda & ada anak satu…Terus perempuan tu ‘angkat kaki’

Menerusi posting di TikTok, pengguna akaun @hugoalzaiddan90 menceritakan bahawa dia telah bertemu dengan seorang wanita di pusat membeli-belah hasil perkenalan menerusi media sosial TikTok. Dengan berani, dia memberitahu wanita tersebut bahawa dirinya sudah memiliki seorang anak. Malangnya, wanita berkenaan terus ‘angkat kaki’ apabila mengetahui perkara berkenaan. Kesannya, lelaki tersebut turut berasa kecewa diperlakukan sedemikian gara-gara dirinya bergelar bapa tunggal.


@hugoalzaiddan90

Sepertinya wanita lebih suka di bohongi drpd kita jujur😔

♬ original sound – tiktokbrownchick

Lebih baik jujur daripada bohong…Mungkin perempuan itu tak nak lelaki yang ada anak

Seolah-olah merasai kesedihan sama, rata-rata netizen turut bersimpati dengan nasib yang dialami oleh lelaki ini. Dalam masa yang sama, mereka turut memuji sikap jejaka berkenaan kerana berani menyatakan status sebenar diri dan bukannya memilih untuk berselindung lebih lama lagi. Sejak dimuat naik, video ini telah berjaya meraih 600 ribu jumlah tontonan.


[VIDEO] Lelaki Kecewa Kena Tinggal Perempuan Lepas Bongkar Diri Duda Anak Satu

[VIDEO] Lelaki Kecewa Kena Tinggal Perempuan Lepas Bongkar Diri Duda Anak Satu

[VIDEO] Lelaki Kecewa Kena Tinggal Perempuan Lepas Bongkar Diri Duda Anak Satu

 

 

Sumber: TikTok hugoalzaiddan90

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

[VIDEO] Lelaki Kecewa Kena Tinggal Perempuan Lepas Bongkar Diri Duda Anak Satu

Facebook

Telegram