[VIDEO] Lelaki Terkejut Disapa ‘Minah Saleh’ Loghat Kelate Di Australia

Pengalaman melancong ke luar negara adalah satu detik yang sangat menyeronokkan. Selain dapat mengambil gambar kenangan di beberapa lokasi menarik, malah kita juga berpeluang mengenali budaya dan sejarah yang terdapat di sana. Kebiasaannya, kita pasti menggunakan Bahasa Inggeris untuk berkomunikasi dengan masyarakat setempat. Namun, berbeza dengan sekumpulan lelaki ini apabila disapa seorang pelancong wanita yang bercakap dalam loghat Kelantan.

BACA: Travel 21 Negara Europe Bawa Bayi 2 Bulan, Bapa Rela Tidur Tepi Jalan Nak Jimat

Selamba tegur dalam loghat Kelantan

Advertisement

Satu video memperlihatkan perbualan antara mereka telah dimuat naik dan menjadi tular di laman Twitter. Kejadian tersebut berlaku sewaktu kumpulan lelaki berkenaan melancong ke New Zealand sebelum ditegur oleh wanita terbabit. Mereka nyata terkejut apabila gadis tersebut dilihat fasih Bahasa Melayu dan juga dialek Pantai Timur berkenaan.

Pernah setahun menetap di Kubang Kerian

Wanita tersebut rupanya merupakan seorang pelancong yang berasal dari Manchester. Mengulas bagaimana dia mahir dalam percakapan tersebut, dia mendedahkan pernah tinggal di Kubang Kerian, Kelantan selama setahun. Malah dia sempat berseloroh apabila bertanyakan jika mereka makan budu, salah satu jenis makanan popular di negeri Serambi Mekah itu sambil mengakui turut gemar buah durian. 

Advertisement

Bila dia ‘make’ budu…maka lebih cepat ‘kecek kelate’

Video yang telah dikongsi telah mendapat jumlah tontonan lebih 30,000 kali beserta 3,900 retweet. Rata-rata netizen kagum dengan wanita tersebut apabila hanya mengambil masa yang sekejap untuk fasih nada percakapan yang agak sukar bagi kebanyakan masyarakat Malaysia sendiri.

Advertisement

Sumber: Twitter Meinsyed

 

Advertisement

Apa Komen Anda?