[VIDEO] Lelaki Terlepas Cakap, Lihat Reaksi Anak Buahnya Cepat-Cepat ‘Cover’

Sejak kecil lagi, salah satu cara anak-anak belajar cakap adalah dengan mendengar perbualan daripada sekeliling. Dengan kaedah berkenaan, barulah perbendaharaan kata mereka akan bertambah hari demi hari. Namun memandangkan usia kanak-kanak masih belum mencapai tahap ‘mumayyiz’ atau tidak tahu bezakan perkara yang baik dan buruk, maka orang dewasa berperanan menjaga lisan agar tidak mengeluarkan kata-kata bernada carutan apabila bersama mereka.

BACA: Anak Buah 5 Tahun Dapat Telefon, Habis Dikacaunya Tunang Makcik Guna Voicenote

Siapa nama budak ni?

Advertisement

Baru-baru ini, ada sebuah video yang menampilkan seorang budak perempuan comel telah menjadi perhatian di laman Twitter. Dikongsikan oleh pengendali akaun bernama @syukfadz sekitar Khamis lalu, awalnya dia sekadar mahu bermanja-manja dengan anak buah yang menggelarkan dirinya sebagai Mak Chu (Maksu).

Nanti Tuhan marah…

Advertisement

Apabila Syuk menggerakkan telefon pintarnya ke muka seorang lagi lelaki berkaca mata untuk menyoal namanya pula, dia tidak semena-mena terlepas cakap dalam rakaman itu. Sebaik mendengar perkataan tersebut, Mak Chu terus menutup mulutnya secara spontan sambil memberikan teguran yang sangat bermakna.

Advertisement

Sopannya alahai…tapi memang tak bagus mencarut depan budak

Meskipun cuma berdurasi kira-kira 15 saat, video yang sangat mencuit hati itu telah meraih lebih 70 ribu jumlah tontonan dan 9 ribu retweets setakat ini. Di samping memuji keletah pintar yang ditonjolkan oleh kanak-kanak perempuan berkenaan, rata-rata netizen turut setuju bahawa ucapan kata-kata kesat depan anak kecil adalah tidak bagus.

Advertisement

Advertisement

Sumber: Twitter syukfadz

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Advertisement

Apa Komen Anda?