Menguruskan anak yang masih kecil bukan satu kerja mudah. Dek kerana daya ketahanan bayi masih lagi lemah, terdapat cara-cara selamat yang perlu dipraktikkan untuk menggendong atau mendukung mereka. Perkara itu cuba juga diajarkan oleh seorang lelaki bergelar bapa ini. Akan tetapi, berlaku pula tragedi tak dijangka yang mengundang kerisauan si isteri. Dikongsikan sejak beberapa minggu lalu, rakaman mereka berdua sudah meraih hampir 500,000 jumlah tontonan hingga sekarang.
BACA :Â Isteri Nak Makeup Tapi Sibuk Nak Meleset Dekat-Dekat, Suami Pasrah Kena Marah
Ku sangka pijak tanah rupanya sawah padi
Ketika itu, mereka telah bersantai di sebuah kawasan sawah padi. Dalam masa sama, si ayah pula sedang mendukung dan cuba mengajarkan tips supaya anak tidak menangis. Namun baru sahaja hendak bergurau senda, dia tiba-tiba ‘terpeleot’ kerana terpijak permukaan semak padi. Turut panik dan terkejut dengan situasi itu, dia segera melangkah naik semula selain sempat ketawa kecil. Namun lucunya, rakaman itu turut dilengkapkan dengan bebelan isterinya di belakang.
Nasib baik tak jatuh…Kalau tak emaknya nangis dulu
Turut ‘seriau’ melihat bayinya didukung sedemikian rupa, wanita tersebut sempat memberikan amaran kepada suaminya sendiri dengan nada berseloroh. Netizen mengakui terhibur dan sempat berkongsikan kerisauan sama apabila melihat bapa serta anak itu hampir tergolek ke dalam sawah padi.
Sumber : Instagram Ammar Azizan
🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura
![Kisah Dunia [VIDEO] “Lempang Kau”-Terpeleot Di Sawah Masa Dukung Anak, Suami Dimarah Isteri](https://pnews.space/wp-content/uploads/2020/06/pnews.space-d397ded5566d26d0ff425878996136e7.jpg)