Family Viral

[VIDEO] Lena Dibuai Mimpi, Reaksi Spontan Remaja ‘Dipedajal’ Kakak Lucu Habis

[VIDEO] Lena Dibuai Mimpi, Reaksi Spontan Remaja ‘Dipedajal’ Kakak Lucu Habis

Sharing is caring!

Tidak dinafikan, gurauan senda dan usik-mengusik antara ahli keluarga mewujudkan suasana mesra malah mengeratkan lagi hubungan. Sudah menjadi lumrah, sebagai yang paling tua memang akan mengusik mereka berusia lebih muda. Selain sering menganggu adik-adik semasa sedang belajar, mereka juga gemar menyakat ketika tidur.


BACA: Rindu Ibu Yang Koma Setahun Lebih, Gadis Tersentuh Hati Temui Nota Sayu Adik

Konon ada panggilan masuk, rupanya benda lain yang dia bagi…sengaja dengan niat nak kacau adik sedang tidur

Baru-baru ini menerusi aplikasi TikTok, seorang gadis sengaja merakam adiknya yang sedang tidur dengan niat membuat prank. Sambil memberitahu bahawa ada panggilan masuk, dia juga menghulurkan sesuatu kepada remaja tersebut. Dalam keadaan mamai dan separuh sedar, pemuda berkenaan terus meletakkan barang tersebut di telinganya tanpa pandang sekalipun. Namun sebaik menyedari dia memegang remote, remaja tersebut terus membuat muka annoying dan menyambung semula tidurnya.


@zefanyaar

MATANYA MASIH MERAH HAHAH MAAF #prankcall #brother #fy

♬ original sound – anja🦩 – anja🦩

Kesian tengok muka dia jadi macam bingung…tergamak betul si kakak kacau adik tengah sedap tidur

Rata-rata netizen akui bahawa terhibur melihat gelagat remaja itu yang blur ketika diusik. Selain daripada boleh relate dengan situasi mamai tersebut, mereka turut bersimpati dengan nasib pemuda yang diganggu ketika sedang lena tidur. Secara keseluruhan, video tersebut berjaya raih lebih 1 juta jumlah tontonan setakat ini.


[VIDEO] Lena Dibuai Mimpi, Reaksi Spontan Remaja ‘Dipedajal’ Kakak Lucu Habis

[VIDEO] Lena Dibuai Mimpi, Reaksi Spontan Remaja ‘Dipedajal’ Kakak Lucu Habis

[VIDEO] Lena Dibuai Mimpi, Reaksi Spontan Remaja ‘Dipedajal’ Kakak Lucu Habis

Sumber: TikTok zefanyaar

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!