Kecoh di media sosial apabila face mask yang bakal dijual oleh usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri ‘bocor’ selepas dicurahkan air. Tindakan tersebut dilakukan sebagai bukti keberkesanan kononnya face mask itu adalah sangat berkualiti dan menepati ciri keselamatan. Namun begitu, eksperimennya telah gagal sekali gus menjadi bualan hangat netizen.
BACA: DS Aliff Syukri Upload Resit Zakat RM52K, Nampak Riak Tapi Masih Dipuji Sebab..
Mask itu tak akan dijual sama sekali
Bagi meredakan situasi tegang itu, DS Aliff Syukri akhirnya membuka mulut bagi menjelaskan isu tersebut menerusi video terbaru di laman Instagram. Beliau menegaskan bahawa mask tersebut belum dijual dan hanya dipertontonkan untuk memperoleh feedback netizen sahaja. Jadi, isu pelanggan ditipu tidak wujud sama sekali dalam hal ini.
Dah tambah baik mask baru.. confirm kalis air
Justeru, beliau telah menambah baik kualiti barangan tersebut bagi membuktikan ia adalah ‘kalis air’ seperti yang didakwa sebelum ini. Beliau juga turut melakukan demonstrasi sama terhadap face mask baru itu. Ternyata, kali ini ujiannya berhasil apabila tiada setitik air pun yang menitis dari permukaan kain tersebut.
Akan dijadikan sedekah kepada yang layak
Tidak cukup dengan itu, DS Aliff kemudiannya mengumumkan bahawa face mask tersebut bakal disedekahkan kepada golongan yang kurang berkemampuan. Malah, beliau juga tidak menyatakan jumlah agihan zakat yang bakal diberikannnya bermula hari ini.
Sumber: Instagram aliffsyukriterlajaklaris
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura