[VIDEO] Letih Dengar Kontroversi, Datin Shahida Tolak Suami Dalam Kolam Ikan!

Sebelum ini, kecoh diperkatakan ramai apabila usahawan produk kosmetik terkenal Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman apabila dilihat seperti ‘berperang’ dengan Dato’ Seri Vida gara-gara isu kolam ikannya. Perkara itu kemudiannya membuatkan mereka saling tayang kemewahan aset yang dimiliki masing-masing ke media sosial. Tidak lama selepas itu, Datuk Aliff sekali lagi menjadi perhatian apabila telah naik berang gara-gara vokalnya dalam lagu Cowok Baru ditegur sebagai tidak bersesuaian oleh penyanyi Baby Shima.

BACA: Bengang Kapsyen IG Kena Ciplak, Cik Epal Tak Gentar ‘Warning’ Aliff Syukri!

Meskipun isterinya mengerjakan ibadah haji di Tanah Suci pada beberapa minggu yang lalu, tapi semua kemelut itu nampaknya tidak dapat disorok lagi. Menerusi sebuah video yang telah dimuatnaik di laman Instagram milik usahawan tersebut, Datin Shahida jelas kecewa dengan semua kontroversi yang membabitkan suaminya itu dan telah mengambil keputusan untuk menghukumnya.

Kenapalah nasib dapat bini macam ni? Garang sangat..

Datin terbaik! Dah selesaikan masalah rakyat Malaysia

Dalam leteran panjangnya itu, Datin Shahida sempat menegur sikapnya yang sentiasa mahu ‘cari gaduh’ dengan semua orang. Selain itu, dia turut menyuruh agar suaminya meminta maaf kepada penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘Roadblock Hatiku’ itu. Namun mungkin akibat tidak berpuas hati lagi dengan perkara tersebut, dia akhirnya bertindak untuk menolak Datuk Aliff jatuh ke dalam kolam ikan yang dibanggakan itu. Tindakan itu nampaknya telah memperoleh banyak sokongan daripada kalangan pengikutnya.

Sumber: IG aliffsyukriterlajaklaris

Apa Komen Anda?