[VIDEO] Lihat Cara Hanis Tegur Yusuf Bila Menyampuk Cakap Orang Tua, Terbaik!

Melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Demikianlah peribahasa yang sesuai menggambarkan keperluan ibu bapa untuk mendidik anak sejak kecil lagi. Semua itu amat penting demi memantapkan adab dan sahsiah dalam diri anak-anak. Baru-baru ini, ramai yang merasa kagum dengan cara teguran oleh Hanis Zalikha dan Hairul Azreen kepada Yusuf Iskandar apabila anak sulung mereka itu melakukan kesilapan.

Baca : [VIDEO] “Hadiah Dari Allah… Norman Hakim Bangga Anak Jadi Imam Terawih!

Yusuf menangis ditegur Mummy dan Daddy

View this post on Instagram

A post shared by Yusuf Iskandar Hairul Azreen (@theyusufiskandar) on

Dalam video berkenaan, Yusuf kelihatan sebak tatkala ditegur gara-gara menyampuk cakap orang tua. Ramai pastinya sudah tahu bahawa menyampuk bukanlah sejenis sikap yang baik. Walaupun masih kecil, itu bukanlah alasan untuk ibu bapa ‘pejam mata’ dengan perbuatan tersebut. Jika tidak ditegur, risau pula  kesalahan sama akan berulang lagi di masa hadapan.

Hanis Zalikha juga menunjukkan tauladan baik dalam menegur anak menggunakan nada suara lembut. Hairul juga sempat memberi amaran tegas kepada Yusuf. Ini sekaligus membuktikan bahawa kekerasan atau meninggikan suara bukanlah satu-satunya cara untuk mendidik anak.

Netizen juga memuji cara yang digunakan oleh Hanis dan Hairul dalam memberi pengajaran kepada Yusuf Iskandar.

Macam ni la cara berkesan sebenarnya

Didik anak dengan adab dan sopan ketika anak masih kecil

Bila ajar dari kecil, dia faham benda tu salah

Sumber : Instagram Yusuf Iskandar

Apa Komen Anda?