Bagi setiap lelaki dan wanita yang sudah lama mendirikan rumah tangga, pasti kadangkala ‘kekeringan’ idea nak bangkitkan semula detik romantik sama macam masa bercinta kan? Kalau asyik nak keluar sahaja, silap-silap tengah bulan nanti boleh ‘pokai’ dibuatnya. Jadi, mungkin cara dikongsi oleh salah seorang pengguna TikTok ini boleh bagi ilham baru pada anda yang menginginkan kelainan dalam hubungan perkahwinan.
BACA: [VIDEO] Manja Lentok Di Pangkuan Nenek Sebab Demam, Kucing Ni Buat Ramai Cair
Rutin mingguan bersama dengan husband…Piknik dekat balkoni tapi nampak mewah macam dekat restoran
Menerusi paparan video di aplikasi tersebut, wanita bernama Satthiya Kandi ini dilihat bijak mengambil peluang untuk meluangkan masa piknik bersama dengan suami tersayang. Meskipun rutin hanya dilakukan di balkoni rumah sahaja, tetapi mereka tidak putus-putus membuatnya pada setiap minggu. Selain dihiasi dekorasi yang mewah untuk menghidupkan suasana romantik, video tersebut turut memaparkan beberapa juadah yang sangat mewah seakan-akan di restoran.
@satthiyakandi Picnic at our Balcony every weekend ❤ #balconypicnic #foryoupage
Teringin nak hubungan sweet macam ni…Si suami pun nampak betul sayang pada isteri dia
Bukan sahaja berharap memiliki hubungan romantik seperti couple ini, malahan rata-rata netizen turut memuji pandangan si suami yang nampak sangat sayang pada isternya. Selain itu, mereka turut mengatakan lelaki dan wanita itu kelihatan sangat bahagia. Paparan video berkenaan telah berjaya raih lebih 36 ribu jumlah tontonan setakat ini.
Sumber: TikTok SatthiyaKandi
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura