[VIDEO] Lufya Bingung Suami Tak Jadi Berpisah, Teriakan Anak Pula Undang Sayu

Sejak Oktober lalu, pergolakan rumah tangga antara penyanyi Lufya Omar dan suaminya Dr Che Muhammad Hafiz masih lagi belum selesai dan diperkatakan ramai. Sekitar jam 3 petang semalam pula, kedua-dua mereka dilihat hadir ke sebutan pertama tuntutan perpisahan yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling Jaya, Selangor. Selain ditemani peguam masing-masing, Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar turut membawa puteri tunggalnya ke prosiding terbabit.

BACA: Bengang Dituduh Aniaya Isteri Sendiri, Suami Lufya Akhirnya Nekad Buat Report

Kredit foto: Astro Gempak

Kejap nak berpisah, kemudian tak pula…mana satu ni?

Advertisement

Ketika ditemui oleh pihak media di luar bilik perbicaraan, selebriti berusia 34 tahun ini keliru apabila Che Muhammad Hafiz dikatakan menolak untuk berpisah dengannya pula. Walhal lelaki tersebut pernah mengeluarkan kenyataan sudah menjatuhkan talak ketika ditemubual wakil media sebelum ini. Bagaimanapun, empunya badan enggan memberikan ulasan lanjut ketika ditanya mengapa menukar pendirian semalam.

Teriakan anak undang sayu

Dalam pada itu, ragam Laana Haura untuk bertemu bapanya selepas beberapa bulan tidak bersua muka turut mencuri tumpuan lensa kamera di perkarangan mahkamah semalam. Meskipun berkali-kali si kecil tersebut teriak memanggil dirinya, namun tidak mendapat sebarang respon daripada Dr Che Muhammad Hafiz yang beredar dari mahkamah bersama beberapa ‘bodyguard‘.

Advertisement

Advertisement

Diperintah lantik ‘pendamai’ untuk selesaikan krisis rumah tangga

Difahamkan juga, kedua-dua mereka diperintah oleh hakim mahkamah untuk melantik ahli jawatankuasa pendamai (JKP) bagi menyelesaikan krisis yang melanda perkahwinan ini. Perkara itu diputuskan selepas Dr Che Muhammad selaku defendan tidak bersetuju dengan tuntutan yang difailkan bekas bintang Akademi Fantasia terbabit.

Advertisement

Kesian anak…jangan mainkan emosi dia

Ekoran situasi di mahkamah semalam, rata-rata netizen meluahkan rasa kesal dan terkilan layanan ‘dingin’ Dr Che Muhammad Hafiz terhadap anak mereka. Di samping itu, ramai yang turut mendoakan agar keputusan terbaik berpihak buat keluarga ini. Untuk maklumat, Lufya dan Che Muhammad Hafiz telah mendirikan rumah tangga pada 26 November 2016. Manakala umur anak tunggal perempuan mereka sudah masuk 2 tahun.

Advertisement

Advertisement

Sumber: YouTube mStar Online Malaysia, Harian Metro & IG lufyalaana

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Advertisement

Apa Komen Anda?