[VIDEO] “Macam Budak Sekolah!” – Main Lutut Janna Nick, Reaksi Sean Lawak Habis

Daripada bergelar pencipta content untuk video-video di laman YouTube, siapa menyangka kehadiran jejaka kacak ini telah mewarnai lagi industri hiburan di Malaysia. Mana taknya, tahun ini menyaksikan nama Sean Lee meningkat naik menerusi rancangan realiti ‘I Can See Your Voice Malaysia’ Musim Ke-2 dan drama ‘Sweet Dreams’ yang pernah menjadi fenomena baru-baru ini. Difahamkan, dia bakal bergandingan pula dengan seorang lagi pelakon berbakat iaitu Janna Nick menerusi sebuah drama terbaru pada bulan ini.

BACA: Babak Hindustan Bersama Janna Nick Tarik Perhatian Isteri Aeril Zafrel Di IG

Hiburan je…jangan serius sangat Janna Nick

Bagi yang tidak tahu, kedua-dua artis ini pernah bekerjasama dan mula rapat menerusi drama ‘Coffee Prince’ 2 tahun yang lalu. Malah, keakraban tersebut boleh dilihat menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh aktor berusia 25 tahun itu di laman Instagram miliknya baru-baru ini.

Nasib baik tak kena sepak balik…comel je

Jika diperhatikan dalam rakaman berkenaan, Sean sengaja mengambil kesempatan untuk menolak bahagian lutut penyanyi lagu ‘Mungkin Saja’ itu dari belakang ketika dia sedang bercakap dengan perakam video. Meskipun gelagat nakal itu tidak terlalu diendahkan oleh Janna, namun dia begitu terhibur kerana dapat mengusik rakannya ketika sedang membeli-belah bersama. Video itu berjaya mencuri perhatian ramai apabila meraih 200 ribu tontonan dan dihujani komen netizen yang rata-ratanya menyifatkan telatah mereka berdua itu sangat comel.

Sumber: IG seanlje

Apa Komen Anda?