[VIDEO] Main Futsal Tapi Gol Lain Macam, Viral Sampai Tarik Minat Page FIFA

Lazimnya di waktu lapang, anak-anak muda pasti akan melibatkan diri dengan aktiviti sukan seperti bola jaring, badminton mahupun skuasy. Walaupun kelihatan anggun di luar, namun ada juga remaja perempuan yang bermain permainan sukan seperti bola sepak dan juga futsal. Itulah yang telah dipraktikkan oleh sekumpulan pelajar di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) apabila tular di laman sosial dek kerana video salah seorang daripada mereka menjaringkan gol secara unik. 

BACA: [VIDEO] Pelajar Tong Duit Beli Hadiah Perpisahan, Reaksi Guru Jadi Perhatian

Harini dalam sejarah, pertama kali goal macam ni

Advertisement

Menerusi paparan video yang dimuat naik oleh gadis bernama NurFadilah ini, sekumpulan pelajar dilihat sedang seronok bermain futsal beramai-ramai di gelanggang berhampiran kolej kediaman. Tanpa disangka, seorang daripada mereka telah berjaya menjaringkan satu gol. Namun menariknya, jaringan yang dimaksudkan bukanlah menerusi gawang futsal. Akan tetapi ia masuk tepat ke arah jaring bola keranjang. 

Digelar Goal of The Year 

Video yang telah mendapat lebih 655,000 jumlah tontonan itu turut mendapat 25,700 retweet. Perkongsian tersebut turut berjaya menarik perhatian satu akaun rasmi bola sepak wanita antarabangsa iaitu FIFA Women’s World Cup. Ia susulan ramai pihak mencadangkan agar jaringan tersebut layak digelar ‘Goal of The Year‘.

Advertisement

Perempuan, dia boleh buat satu bola tu jadi 5 sukan

Rata-rata netizen terhibur melihat aksi viral tersebut terutamanya lelaki. Mereka sesungguhnya tidak menyangka pelajar-pelajar perempuan tersebut mampu melakukan aksi sebegitu sehingga mendapat perhatian bukan sahaja dalam negara, bahkan di peringkat antarabangsa. 

Advertisement

Sumber: Twitter Norfadilah & FIFA WWC

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Advertisement

Apa Komen Anda?