Hiburan

[VIDEO] Maintain Sedap, Suara Naqiu & Syam Visa Curi Tumpuan Di MeleTOP!

[VIDEO] Maintain Sedap, Suara Naqiu & Syam Visa Curi Tumpuan Di MeleTOP!

Sharing is caring!

Meskipun pertandingan nyanyian ‘Big Stage 2019‘ telah melabuhkan tirainya dengan cukup meriah pada hujung minggu lalu, namun rata-rata peminat program seperti ini nampaknya tak perlu tunggu lama kerana musim terbaru Gegar Vaganza pula akan menyusul selepas ini. Malah teka-teki mengenai siapakah para peserta yang akan terbabit dalam musim ke-6 (GV6) telah pun terjawab apabila nama-nama mereka diumumkan sekitar hujung minggu yang lalu.

BACA: “Macam Talkshow Hollywood!” – Penampilan Khas BoBoiBoy Di MeleTop Curi Perhatian

‘Budak K-Pop’ dipertemukan dengan ‘Tony Stark Malaya’

Terbaru, mereka juga telah diundang ke rancangan sensasi MeleTOP malam tadi untuk ditemubual oleh para hos iaitu Nabil Ahmad dan Neelofa. Selain bertanyakan tentang persediaan masing-masing menjelangnya konsert pertama pada Ahad nanti, kesemua peserta turut sempat mempamerkan bakat nyanyian. Dan antara yang paling mencuri tumpuan adalah Naqiu (Boboy) dan Sham Visa.


Maintain merdu & sedap lagi suara

Percaturan kedua-dua vokalis untuk melibatkan diri dalam pertandingan nyanyian yang berprestij ini nampaknya agak berbaloi apabila nama mereka kembali hangat diperkatakan umum. Malah rata-rata netizen di Instagram rancangan itu turut memuji kemerduan suara yang masih dimiliki oleh kesemua peserta GV kali ini.

[VIDEO] Maintain Sedap, Suara Naqiu & Syam Visa Curi Tumpuan Di MeleTOP!

[VIDEO] Maintain Sedap, Suara Naqiu & Syam Visa Curi Tumpuan Di MeleTOP!


[VIDEO] Maintain Sedap, Suara Naqiu & Syam Visa Curi Tumpuan Di MeleTOP!

Kehangatan GV 2019 kian terasa! (minit 3:15)

Berikut pula adalah paparan penuh segmen temubual yang berlangsung semalam. Antara pesaing lain kedua-dua penyanyi terkenal itu adalah Roy, Jatt Ali, Wann, Noorshila Amin, Ameer Sofazr, Hady Mirza, Mazleela, Feeza dan Nurfatima. Manakala bagi peserta duet dan berkumpulan pula diwaklili oleh Kool serta One Nation Emcees.

Sumber: IG meletop & YouTube MeleTOP


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

[VIDEO] Maintain Sedap, Suara Naqiu & Syam Visa Curi Tumpuan Di MeleTOP!

Sharing is caring!