Cinta Viral

[VIDEO] Majlis Batal 5 Hari Sebelum Nikah, Lelaki Sebak Tengok Pelamin Kosong

[VIDEO] Majlis Batal 5 Hari Sebelum Nikah, Lelaki Sebak Tengok Pelamin Kosong

Sharing is caring!

Pernikahan adalah suatu ikatan suci yang sememangnya dinantikan oleh setiap lelaki dan wanita. Malah mereka yang bakal melangsungkan majlis tersebut pastinya teruja buat segala persiapan. Walau bagaimanapun, tak semua perkara yang dirancang akan jadi kenyataan kerana tetap akan ada ujian yang melanda. Sama juga seperti kisah sedih yang dilalui oleh seorang lelaki ini.


BACA: Syamel Ada Ciri Suami Idaman, Ernie Zakri Umum Bakal Berkahwin Tahun Depan

Majlis perkahwinan dibatalkan 5 hari sebelum tarikh sebenar…Hanya mampu memandang kecewa ke arah pelamin

Baru-baru ini pengguna TikTok @abeqlate94 berkongsi suasana pilu di rumahnya dan mengatakan bahawa mereka sepatutnya bernikah pada 23 Julai 2020. Walau bagaimanapun, majlis tersebut telah dibatalkan 5 hari sebelum perkahwinan. Dalam pada itu, jejaka ini dilihat hanya memandang ke arah pelamin persandingannya dan hanya tersenyum hambar. Malah, dia turut berdoa agar diberikan kekuatan untuk menghadapi kekecewaan yang sedang dilaluinya itu.


@abeqlate98

Mjlis kwin sdiri 23.7 tapi mjlis tu batal 5hari sblom hb tu 🥺😭🤲🏻 Allah kuat kn aq hnya kau yg thu ap aq rasa skrng ni 💪🏻😭

♬ original sound – ItzzmeシMpittttt🦋 – ItzzmeシMpittttt🦋

@abeqlate98

Aku mnemukanmu secara online, dan tdk sengaja mencintaimu secara nyata 🥀🥺#tiktokmalaysia #fyp

♬ original sound – Call Me Keyfaro🇮🇩 – Call Me Keyfaro🇮🇩

Pasti ada hikmah di atas apa yang terjadi…semoga bertemu partner yang lebih baik

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut bersimpati dengan nasib yang menimpa lelaki itu dan mendoakan agar dia terus bersabar menghadapi ujian berkenaan. Malah, mereka menyatakan bahawa setiap perkara yang berlaku dalam hidup ini pasti ada hikmahnya serta berkongsi pengalaman sama yang dilalui. Video tersebut telah meraih lebih 80 ribu jumlah tontonan setakat ini.


[VIDEO] Majlis Batal 5 Hari Sebelum Nikah, Lelaki Sebak Tengok Pelamin Kosong

[VIDEO] Majlis Batal 5 Hari Sebelum Nikah, Lelaki Sebak Tengok Pelamin Kosong

[VIDEO] Majlis Batal 5 Hari Sebelum Nikah, Lelaki Sebak Tengok Pelamin Kosong

Sumber: TikTok abeqlate98

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!