Viral

[VIDEO] Mak Gabra Cari Anak Hilang, Rupanya Lari Rumah Cintanya Tak Direstui

[VIDEO] Mak Gabra Cari Anak Hilang, Rupanya Lari Rumah Cintanya Tak Direstui

Sharing is caring!

Perasaan cinta adalah proses biasa yang dialami semua orang khususnya buat remaja belasan tahun. Dek kerana rasa membara baru hendak mengenal erti cinta, kadangkala mereka cenderung bertindak di luar jangkaan sehingga terbuai-buai dengan perasaan sendiri. Demikianlah hal yang berlaku di negara Indonesia ini apabila gadis manis bernama Monayuta Tiara Meisani dikatakan nekad melarikan diri dari rumah.


BACA : Gara-Gara Kemaruk PUBG, Wanita Tergamak Lari Rumah Tinggalkan Suami & Anak

Mula hilang sejak 3 September lalu…Hebahan dibuat ke media sosial

Melalui laporan daripada portal Tribunnews, gadis berusia 18 tahun terbabit mula hilang sejak tanggal 3 September lalu. Panik dan risau memikirkan kehilangan tersebut, ibu dan ayahnya telah membuat hebahan secara meluas di media sosial dengan harapan dia dapat kembali pulang. Selain itu, mereka meneruskan usaha pencarian anak muda tersebut dengan membuat laporan kepada pihak berkuasa. Tidak lama kemudian, dia akhirnya ditemui bersembunyi di sebuah rumah sewa rakannya sebelum dibawa pulang ke pangkuan keluarga semula.


[VIDEO] Mak Gabra Cari Anak Hilang, Rupanya Lari Rumah Cintanya Tak Direstui

Polis berpesan semoga mak ayah lebih memahami & didik anak

Menjalinkan hubungan percintaan dengan pemuda berusia 20 tahun, rupa-rupanya cinta mereka berdua tidak mendapat restu daripada ibu dan ayah Monayuta. Lantaran kejadian itu, pihak polis sendiri memberikan pesan agar ibu ayah kepada gadis ini dapat lebih memahami dan membimbing anak mereka agar perkara sama tidak akan berulang lagi di masa hadapan.


Sumber : Portal Tribunnews & YouTube Pikiran Rakyat

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!

Facebook

Telegram

Topik Panas Minggu Ini